Tuesday, June 14, 2011

Solat n Sembahyang

"Semua orang SEMBAHYANG tetapi tidak semestinya semua orang SOLAT"

Berdasarkan kenyataan di atas, setujukah anda??
Apakah? Mengapakah? Kenapakah? Hmmm...Let's find it together...

Rasionalnya semua orang samada beragama Islam atau bukan Islam masing-masing punya cara tersendiri mengabdikan diri kepada Tuhan.Kita sebagai muslim, menunaikan solat 5 waktu sehari semalam adalah Rukun Islam ke-2 di mana setiap umatnya wajib menunaikannya. Bagi yang bukan Islam pula, ada yang pergi ke gereja, kuil atau tokong untuk bersembahyang. Cuma apa yang hendak disampaikan di sini, setiap muslim akan menunaikan solat manakala bukan muslim pula bersembahyang. Pernahkah anda dengar seorang kristian ke gereja menunaikan solat? Itulah bezanya SOLAT dan SEMBAHYANG. Oleh itu, gunakanlah term yang sepatutnya/lebih afdhal sebagai seorang muslim... Renung-renungkan dan selamat beramal (^^,)/

"Dan dirikanlah olehmu solat, kerana sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar" ~ Al Ankabut: 45~