Monday, November 22, 2010

bahana berantai

"meoww...meowww...meowww..."
si comel mengaduh sendirian...

*******************************

"Boleh tak kalo wt kerja tu elok2 sikit!!! Buat lagi skali proposal ni! Dahla hantar lambat, salah pulak tu! Makan gaji buta ke???!" Marah bos kepada salah seorang pekerjanya....

*******************************

"Bang, tadi yang tengok interview abang kat tv tu. Pas je abis rancangan tu, kawan ayang tepon, dia cakap ayang xjaga makan pkai abang ke sebab dia kata abang comot je masuk tv..." seloroh si isteri kepada si suami yang baru pulang dari tempat kerja...

"Eh, biarlah!!! sibuk sangat! suka jaga tepi kain orang!!!" gurauan si isteri disalah ertikan...

*******************************

"Ibu, cuba tengok lukisan Aiman. Cantik kan?" sambil tersenyum riang. tapi...
"Ko ni asyik2 lukisan je! Semak mata aku tengok tau! Haish!" marah si ibu..

*******************************

Dusshhh!!!
"Meowww!!!" mengaduh si comel pabila perutnya ditendang laju oleh si anak.
"Nah, amik kau! Suka sangat mengganggu jalan aku!" jerkah Aiman....


Cerita ini telah ku kupas dari buku "Murabbi Cinta" hasil penulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Cerita lebih kurang begitulah...Maybe ada penggunaan bahasa yang berlainan. Begitulah akibatnya apabila marah. Ia membawa kesan yang sangat buruk.

عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ : أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : أَوْصِنِي. قَالَ: ((

لاَ تَغْضَبْ. فَرَدَّدَ مِرَارًا قَالَ: لاَ تَغْضَبْ )) رواه البخاري.

Daripada Abu Hurairah r.a.:
Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat.
Baginda bersabda: Janganlah engkau marah.
Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali.
Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah.
~Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari~

Monday, November 15, 2010

Salam Aidiladha~

Titt...Titt...Titt...
Click!
"Salam nana, ros ni. Nk gtw ku mahirah dah meninggal." ...(0035, 13/11/10)
"Huh!!! Apa yang aku baca ni?? Betul ke??"....
Tutt...Tutt...Tutt...
Click!
"hello, assalamualaikum. Ros, betul ke???"
"Ermm..."
Terkedu aku di saat mendengar pengakuan salah seorang temanku semasa di matrikulasi.

*****************************************

awak nama pe ea??
Ku Mahirah, pggil je ku.Awak?
Nazratul Husna. Panggil husna.
Awak dari mana ea??
Negeri Sembilan. Awak??
Owh,.. saya dekat je.. Kedah.
Ktne?
Changlun, 20 min je dari KMP.
Waa~ Beznya... Actually saya xminx pun KMP
Ye?? Cmne ley dapat ea... Slalu yg teror akaun memang di anta ke sini..hehe


**************************************


"Maafkan saya...."
Inilah ayat yang paling kerap kitorang gunakan sepanjang perkenalan kami di KMP sebagai rakan sebilik, (ana, wani, shada n ku)....
Dah macam treadmark...haha
Suka duka kami bersama hinggalah tamatnya pengajian kami selama setahun di situ
**paling ingat tiap2 hari mesti g cari nasi putih+tomyam+telur dadar kt Izhaton..Sedap + murah!!!=)


****************************************

Masing-masing kemudian meneruskan pengajian di menara gading... ku di UDM, wani di UUM, aku n shada di UiTM. Untuk semester pertama Ku datang melawat kami di UiTM. Memang berborak habis... Before dia balik, dia kasi CD padaku n shada. Di dalam tu, semua gambar kenangan kitorang bersama selama di KMP. Waa~ miss that moment!!!~~


*****************************************

Ah, mengelamun panjang...hmm...
walau apapun kau tetap takkan ku lupakan
Persahabatan ini akan kekal abadi
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan...
Yang penting adalah keredhaan dariNya...



*****************************************

Semoga kau bahagia bersemadi di sana...
Kutitipkan doa pada-Mu Ya Allah, moga sahabatku ditempatkan di kalangan orang yang soleh...Ameen~~

My precious moment that i had with u will never forget...^^

Wednesday, November 10, 2010

Quality or Quantity??

should be + by PRODUCTIVITY...^^,

ProductiveMuslim Productivity Tips - Animation

Tuesday, November 9, 2010

Bah~

Bah?? Bahkan? Bahru?Bahrain?Bahgia??
Hmm...renung-renungkan dan selamat beramal!=p
Bah membawa maksud banjir... (loghat kedah..)

Apa itu bah@banjir??
Banjir ialah keadaan air yang menenggelami atau mengenangi sesuatu kawasan atau tempat yang luas (wikipedia).

Hmm,..cuba kita fikir apa yang dikatakan dengan banjir dari perspektif yang berbeza...

Seperti yang kita semua sedia maklum, baru-baru ini kita telah digemparkan dengan berita banjir yang yang melanda Utara Semenanjung Malaysia. Buat julung kalinya banjir besar berlaku di Kedah Darul Aman dan Perlis Darul Sunnah tanggal Disember 2005 kini kembali memetik nostalgia itu kembali buat kali kedua. Bahkan, banjir yang melanda pada kali ini lebih teruk dari yang dulunya. Ramai yang menjadi mangsa dan ada juga yang terkorban... Innalillahi wa innailaihirajiuun...

Tatkala bencana ini menimpa, teringat diri ini akan satu cerita yang pernah dibaca suatu ketika dahulu di blog seseorang yang tidak dikenali. Ceritanya berbunyi lebih kurang begini...

Pak cik: Apa yang anak fikir pabila melihat kulit buku ni?

(Sambil mengunjukkan sebuah buku yang mana ada lukisan sebuah rumah dimasuki banjir lumpur di kulit hadapannya)

Pemuda: Rumah yang terkena banjir lumpur...

Pak cik: Betul! tapi... cuba anak fikir dari sudut yang berbeza.

... Pemuda terdiam...

Pak cik: Ke mana pun kita pergi, akhirnya kita akan pulang ke asalnya. Sebenarnya, bencana ini menunjukkan bahawa Allah mengingatkan manusia tentang asal usul kejadian kita. Asalnya dari tanah, dan 'pulangnya' juga ke tanah. Tapi mereka tidak sedar akan hal itu. Sesungguhnya, Allah mengingatkan kita bahawa kematian itu amat hampir dengan kita.

Seperti yang di'describe'kan oleh blogger berkenaan, ramai yang mengatakan pak cik itu gila. Beliau selalu memakai jubah putih dan menggantungkam 'signboard' yang dibuat sendiri di lehernya (terlupa pula diri ini apa yang ditulis...huhu) sambil membawa buku-buku seperti yang digambarkan di atas untuk dijual. Pernah sekali ana terserempak dengan pak cik seperti yang digambarkan di Masjid Jamek pada Ramadhan lalu . Tetapi tidak berkesempatan berbual kerana ramai orang ketika itu sedangkan beliau pula “in motion”.

Tapi, yang membawa kemusykilan pada diri ini, “adakah beliau betul-betul gila?”. Hmm…mana mungkin kata-kata hebat yang keluar dari mulutnya bahkan mengalahi pemikiran seorang manusia normal dikatakan gila. Wallahu ‘alam…

Apa yang hendak disampaikan adalah setiap yang berlaku pasti ada asbab dan musababnya. Ana sangat bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh pak cik tersebut: “Sesungguhnya Allah mengingatkan kita bahawa kematian itu amat dekat dengan kita…”.

Itulah, kita seharusnya sedar akan hal itu.

“Kembali ke asal, melawan becana kealpaan”.


Banjir di Arau, Perlis


Buat renungan:

Siapa sebenarnya manusia??

Link to:

http://putera1.tripod.com/islam/kejadian.htm

http://rahasia-dibeber.blogspot.com/2010/07/manusia-berasal-dari-tanah.html

http://tigosotigo.blogspot.com/2010/09/kisah-rasul-adam-diarak-malaikat-100.html

Subhanallah…