Wednesday, December 7, 2011

Kutu dALaM mAnGkuK^^

Cuti 3hari sempena awal Muharam diri ini manfaatkan dengan pergi mendaki di puncak Gunung Semangkok dan Bukit Kutu. Nak balik kampung di Kedah macam jauh la pulak kan...Al maklumla sekarang sudah berhijrah dan menetap di Pahang atas urusan kerja. Konvoi adalah sebanyak 11 buah kereta bersama pegawai dari FRIM as our guide.

view at Jambatan Besi~ assembly area
assembly area
konvoi~~

Gunung Semangkok(1394 m)
1st day kami mula mendaki ke puncak Gunung Semangkok kira-kira jam1130. Terlewat dari waktu sepatutnya kerana mengalami sedikit kesulitan semasa perjalanan. Pendakian mengambil masa lebih kurang 3jam. Turun ,pula mengambil masa lebih kurang 2 jam dalam keadaan hujan lebat. memang terbaeklah masa turun tu. Cam main papan gelongsor dah. Mana tak nya, gradient gunung 70-80 darjah. So pe lagi, the best time to slide!!=D Perghhh,...memang gayatla. So, masa naik memang tak pandang belakang dah.haha...

Puncak Gap (1183 m)
~sebelum ke puncak Gunung Semangkok mesti melalui Gunung Gap dulu~

Buah dulu baru daun...Subhanallah^^

Puncak palsu

Puncak Gunung Semangkok


Bukit Kutu (1050 m)
After bermalam di air terjun Gunung Semangkok keesokannya paginya kami berangkat ke track hiking of Bukit Kutu yang terletak berdekatan Kampung Pertak, perkampungan orang asli. Perjalanan naik sepatutnya mengambil masa lebih kurang 2-3 jam tetapi menjadi 4jam lebih kerana salah seorang temanku injured. Perjalanan turun hanya mengambil masa 1 jam setengah. Memang berlari habis la time turun tu walau dalam keadaan hujan lebat.haha...Terbaek!!!!

Breakfast before ke Bukit Kutu

Preparing for lunch at campsite
meredah anak sungai semasa ke Bukit Kutu

meredah anak sungai ke-2

mini cave masa half hiking.memang cantik!!! Subhanallah^^

Water point-air bawah batu. sejuk giler air dia. Memang fresh!!

Akar pokok dah macam buaian

Bukit Kutu- Monumen tinggalan British

batu goyang....0_o

Puncak Bukit Kutu, di atas batu tertinggi.
Ya Allah memang puas hati! Nice view^^,

Alam itu berhias indah
Apa yang ada di atas tanah
Walau sejauh mana kita melangkah
Akan kembali jua ke tanah


thanks to all (^^,)/