Thursday, March 25, 2010

hAnYa sEkAli...

Seberat apapun beban hidup kita hari ini...
Sekuat apapun godaan yang harus kita hadapi...
Sekukuh apapun cubaan yang harus kita jalani...
Sebesar apapun kegagalan yang kita rasai...
Sejenuh apapun hari-hari kita lalui...
Jangan berhenti berharap pada pertolongan Ilahi...
Jangan berhenti berdoa pada Robbi...
Kerana harapan adalah masa hadapan...
Kerana harapan adalah sumber kekuatan...
Kerana doa adalah pintu kebaikan...
Kerana doa adalah senjata orang beriman...

Kita mungkin pernah merasakan betapa tidak berertinya hidup ini. Kita seperti manusia yang tidak ada gunanya lagi hidup ini. Hari-hari yang kita lalui tiada erti. Beban hidup terasa berat menjerat. Bagi yang tidak punya iman, mengakhiri hidup yang indah ini seringkali menjadi pilihan.

Sahabat...

Hidup ini hanya sekali... bukan dua kali... dan bukan juga tiga kali... betapa bahagianya hidup ini bila kita jalaninya dengan penuh semangat dan harapan menggunung. Betapa indahnya hidup ini apabila hari-hari yang kita jalani penuh dengan senyuman kebahagiaan dan sikap positif memandang masa depan.

Masalah dan cubaan adalah bunga kehidupan orang-orang beriman. Kembalilah kepada Tuhan bila kita menghadapinya agar kita tenang.

Mahasiswa mahasisiwi harapan agama...
Tetapkanlah tekad kalian dalam menuntut ilmu. Memaksimumkan nikmat keintelektualan yang dikurniakan Ilahi untuk kebahagiaan manusia bukannya untuk keruntuhan manusia. Manfaatkan potensi yang ada kerana hidup ini hanya sekali SAHAJA...

Tuesday, March 23, 2010

1sT AidEr

Pagi tadi, selesai mengambil wudhuk diri ini meletakkan kembali alatan mandi di dalam baldi tapi... entah bagaimana pandangan binokularku ini melihat sesuatu yang luar biasa di tangkai baldi. "Ish amende tu?" diri ini bermonolog. Di usha+ditilik skali lagi... BURUNG!! Diam kaku di situ seperti kesejukan. Ye, memang ia kesejukan!

Diri ini pada mulanya ingin solat subuh dahulu tetapi risau juga jika dibiarkan takut pula dibaham pemangsa yang sering berkeliaran di luar sana. Tanpa membuang masa diri ini terus mencapai sapu tangan yang diberi seorang teman semalam ole-ole sempena majlis perkahwinan kakaknya. Sebenarnya sayang juga untuk digunakan kerna sapu tangan itu kerna sangat comel gubahannya. Apapun memegang prinsip sebagai first aider, 'guna saja apa yang ada' terus ku ambil tanpa berfikir panjang. Selepas itu, ku serahkan kepada teman sebilikku sementara diri ini menunaikan kewajipan kepada-NYA.

Setelah itu, diri ini mengambil makhluk Allah yang comel itu lalu dipeluk. Kata lecturer ku (Dr. Anuar), "Setiap kali kita sejuk mesti kita akan berpeluk tubuh, tak pun peluk lutut... Why? Because... our stomach is one area that can give warm to us. Because there is located our digestion system." Kemudian diri ini memberi air+sedikit garam kepada 'si comel' itu. Banyak juga diteguknya=) Why salt? Because it contain electrolyte which is the best fluid replacement recommended when we are tired. 'Si comel' tu pasti letih kesejukan di luar sana kerana hujan lebat semalam. wah!1st aider to the 1st bird!=)

apabila sahabat Rasulullah bertanya: "Dapat pahalakah kami menyayangi haiwan-haiwan ini? Jawab Rasulullah s.a.w: "Menyayangi setiap makhluk hidup itu adalah berpahala." (Riwayat Muslim)

'si comel' ditangkai baldi

tetiba 'si comel' jatuh selepas di usha

semasa dalam bilik

minum dengan lahapnya=)

di dalam rumahnya(^^,)

dah sihat sikit dah

alamak!'si comel melabur'....hehe

boleh terbang tapi asyik jatuh

p/s: teringat masa kecil dulu... mak tolong rawat seekor anak burung gak(^^,)
tarikh kejadian: 23/3/10, 0630H

Monday, March 22, 2010

diA yAnG bErGeLaR.....SAHABAT

Telah bersabdanya Rasulullah SAW sebagaimana yg diriwayatkn oleh Al-Tirmizi yang bermaksud, seseorang itu akan terpengaruh dengan temannya. Maka hendaklah seseorang kamu itu memilih siapa yang harus dijadikan teman.

Telah bersabda Rasulullah SAW yang diriwayatkn oleh Al-Bukhari & Muslim: Maksudnya perumpamaan teman yg baik & teman yang tidak baik ialah umpama wangi-wangian dan tukang besi. Adapun pembawa wangi-wangian, sama ada dia memberinya sedikit ataupun anda membeli daripadanya sedikit ataupun kamu dapat mencium dprdnya bau yang wangi. Manakala tukang besi, sama ada dia membakar bajunya ataupun kamu akan mencium dairpadanya bau-bauan yang busuk.

Daripada Abu Hurairah r.a. yang maksudnya, bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya yakni sahabatnya di sebuah kampung yang lain. Lalu Allah menyuruh seorang malaikat untuk memerhatinya di dalam perjalanan. Lalu malaikat itu bertanya kepada lelaki itu, “Hendak ke mana engkau?” Lelaki tersebut menjawab, “Aku hendak menemui seorang sahabatku di kampung itu”. Malaikat bertanya lagi, “Adakah bagimu bumi kepadanya yang engkau mengharap balasan daripadanya?” Tidak, aku mencintainya kerana Allah SWT. Maka berkatalah malaikat itu kepadanya, “Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau. Bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai dia kerana Allah”. (Hadith riwayat Muslim).


Sahabat yang menunjukkn kebaikan kepada kamu, adalah sahabat yg baik. Dan sahabat yang menunjukkn kesalahan kamu, adalah sahabat yg paling baik ~ hukuma~


Tuesday, March 9, 2010

Festival Melati!!



Gandingan mantap 2orang penceramah

ais goncang..mari2!samah se!
tarik jangan tak tarik kak!

magic ice=)
p/s: UNIC pun datang...tapi xsempat nak amik pic..huhu