Sunday, June 12, 2011

Hanya PadaNya

Semalam keluar ke d0wnt0wn berdekatan "petak masa" a.k.a Times Square. Saja menghabiskan sisa-sisa masa yang hanya beberapa hari lagi di Sri Petaling sempena SUKMA 2011. Menikmati keindahan malam adalah satu yang amat menyeronokkan bagiku. Bulan hanya separa, namun tiada bintang di sekelilingnya. Langit gelap gelita dan akhirnya bulan beransur hilang pabila awan mula menutupi kehadirannya. Lampu-lampu bertebaran di sekeliling kota.....

Jalan dan jalan dan terus jalan ke seluruh kedai yang ada di situ, diri ini tiba-tiba tertarik dengan satu kedai, "Pet Shop" yang mana satu-satunya kedai yang menjual 'pet' di situ. Tetapi hanya ada dua jenis haiwan peliharaan yang dipamerkan untuk dijual iaitu 'chipmunk' dan ular. Ketika itu hanya beberapa pengunjung sahaja yang ada.

Aku:: Pak cik, landak kecik yang comel tu ada dijual tak?
Pakcik:: Ada. Tapi adik kena tempah dulu la. Harganya boleh dirundingkan.
Aku:: Owh....(dalam hati< sebenarnya nak tengok rupa sebenar landak tu sebab tak pernah tengok life lagi...huhu>)

Diri ini terus mengintai-intai apa yang ada di dalam kedai itu. Ada ular sawa besar tapi kata pakcik, itu hanya display sahaja bukan untuk dijual.

Pak cik:: Ada seekor ular yang cantik.Kejap ye pakcik keluarkan. Dye sembunyi bawah newspaper ni lak. Ular ni tak berbisa. tak gigit orang.... Warna merah dan kuning susu.
Aku:: Waa~ keciknya..Cantik! (tapi geli)
Pakcik:: Nah! Cuba pegang.
Aku:: Takpela pakcik...Takut...geli...
Pakcik:: Apala yang nak ditakutkan...Cuba je...

Atas dasar teringin nak pegang, diri ini pun ambik ular tersebut. Ya Allah! Geli! Allah saja yang tahu.

Pakcik:: Adik pegang jap eh. Pakcik nak ke tandas jap. Kejap je...
Aku:: Pakcik...Pakcik...Pakcik...ular ni...ambikla balik...T__T.... ambikla pakcik...(ular tu dah macam nak merayap ke tangan aku dah...HUwaaaaaa~)
Pakcik:: Buat macam tali je....Kejap je eh. Ish, tak malu ke semua orang tengok tu..haha

Sekali diri ini pandang depan dan belakang, rupanya ramai orang tengah tengok gelagat kami ketika. Memang tak perasan langsung ada orang. Ramai pulak tu.. Malu...malu...Tapi lagi takut kalau ular masuk baju...

Aku:: Pak cik....ambikla.....
Pakcik:: Haha...Main je...Pakcik jarang kasi budak-budak main ular ni. Sebab takut dia luka.

Boleh pulak pakcik gelak-gelak..adeyh.. Lastly, beranikan diri gak...calm down...jangan gelabah... dan akhirnya saya berjaya!!!=D Berjaya mengatasi rasa takut dan geli.

P/s:: Takut hanya padaNya Yang Satu...Allahuakhbar!!

2 comments:

dien carter said...

downtown the mines la hihihihi

nazra said...

haha....saja ja... nk tengok ada yg alert x..