Thursday, March 31, 2011

MuTiaRa kAta

ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumbambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi,
ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketengan,
ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan,
ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Allah,
ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan,
ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati
ambillah waktu untuk memberi, itu dapat membuat hidup terasa beerti,
ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan
ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga...

***************************************

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan.
Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukanan bagi kita.

****************************************
Dalam hidup, terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita ingini. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya, kita tahu bahwa yang kita inginkan kekadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.

*****************************************
Jadikan dirimu sebagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh, jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api. jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempat buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah.

*******************************************

Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat yang kamu ingin pergi. jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan..


Tuesday, March 29, 2011

Kalau betul Allah baik, Kenapa cipta Neraka?

Ini kisah benar.. Kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama.

Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Saya tidak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan.

Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di sebuah pasaraya telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.

Maka dia pun kena denda.

Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ini diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan".

Peraturan ni bukan semata-mata peraturan Majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga.

Kalau derhaka tidak mematuhi perintahNya, takut nanti tidak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah.

Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka?

Kenapa tidak sediakan syurga sahaja? Macam itu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia sudah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz. Sudah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.

Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz.

Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.

Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga.

Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur.

Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:

"Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga.

Maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma.

Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga.

Selepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak. Tak ada siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'.

Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" Tanya ustaz.

"Mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas macam tu je." Rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:

"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil.

Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.

Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji di atas dunia ni.

Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan hak kita untuk berpakaian sesuka hati kita.

Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian.

Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita juga."

****************
Rasanya sudah ramai yang membaca kisah ini. Tapi ana tetap nak kongsi
jugak. Sebagai renungan kita semua..^^,


Thursday, March 24, 2011

Polisi Debit Card??

Ya Allahhu Ya Rabbi...Ya Allahhu Ya Rabbi...Ya Allahhu Ya Rabbi..
(suatu pagi di ofis, kedengaran callerringtoneku)

"Hello..ini Cik Naz***** ker..."
--> Ye saye... ada apa-apa yang boleh saya bantu?
"Saya Sherlin and just want to inform u as a debit card holder of ***bank about new policies"
--> Oh yeker... please..
"Cuba cik tengok kad debit cik, di belakang tu ada sticker putih. Cik dah sign ke belum di atas sticker tu?"
-->Belom...knape?
"Cik perlu sign di situ dan cuba tengok di bahagian depan kad. Di situ ada nombor 4283 3200.... n cuba cik baca nombor selepas itu.."

Punyalah betul bentul...'cik' tu pun baca nombor tersebut.

"Ok, now cik tengok di belakang kad. disebelah sticker putih to ada nombor jugak. Cuba baca..."
-->176
"Itu adalah nombor cik sebagai client ke 176..."
--> Owh...

"Polisi baru di sini, cik akan menerima insurans takaful. Jika ada apa-apa yang berlaku ke atas diri cik segalanya akan di'cover' oleh insurans ini.Cik fahamkah?"
--> Oh faham..
"Jika berlaku kemalangan dan cik dimasukkan ke hospital, cik akan dibayar...bla bla bla~ Kalau apa2 berlaku contoh seperti kematian,minta maaf ye cik, kepada siapakah nama yang akan diberi wang insurans tersebut?"
--> Ibu saya.
"Nama ibu?"
--> bla bla bla~~~
"Untuk insurans tersebut cik perlu membayar sebanyak RM269/year dan bayaran adalah melalui debit card. Selepas ini kami akan membuat penghantaran polisi ini ke alamat cik. Cik ada masalah kah dengan penghantaran ini?"
--> Penghantaran memng xde masalah..tapi masalah bila sampai kepada pembayaran. Kalau saya xnak terima polisi ini?
"Oh polisi ini wajib bagi setiap pemegang kad debit ***bank...Cik ada masalahkah dengan penghantaran polisi?"
-->Wajib? cane 2? Bukan kita boleh pilih ke nak or x?
"RM269 itu adalah untuk setahun sahaja... tahun depan baru cik boleh pilih nak ambik or x.."
--> Are u forcing me?
"Bukan paksa cik.. ini adalah polisi...Cik ada masalahkah dengan penghantaran polisi ini(soalan ni lagi...adoi)?"
--> Ni macam kes paksa je ni....
"Bukan paksa.Cik perlu faham...ini adalah polisi...ada apa2 pertanyaan lagi?"
--> Saya xnak amik polisi tu!
" Cik ada masalahkah dengan penghantaran polisi?"
--> I dont bout penghantaran. Yang paling penting bayaran adalah secara debit dari akaun i."
"Oh itu Cikjangan risau. Setiap transactiom akan di beritahu terlebih dahulu kepada Cik..."
--> Memangla...tapi macammana ada polisi wajib ni?Hmm
"Ok. Sekarang Cik kasi current address cik dan kita akan hantar polisi tu dahulu. Cik boleh tengok dan baca polisi tu...Ok saya akan tinggalkan Cik 1 minit dan my staff akan hubungi cik semula k"
--> Ok.

After a few minutes.....

"Hello Cik. Tadi ada bos saya telefon Cik kan. My manager, a man"
-->Dari ***bank ke??
"Tak2..Owh sorry...maybe wrong nombor.."

after a few seconds....

"Hello, selamat pagi Cik Naz. I'm a manager. Tadi ada my staff, sherlin kol u kan?"
-->Yup
"So u need to take this policy and..."
-->Wait a minute. Talk with my brother k

'Cik' tersebut mendapatkan mangsa untuk berlakon sebagai abangnya...

-->> Hello
"Siapa ni?"
-->> Saye abang kepada hp owner ni.Boleh saye tahu kenape ye?
"bla bla bla~~"
-->> Saya rasa dia xnak polisi ni..
"Polisi ni wajib diambil. Ada masalahkah dengan penghantaran polisi ini?"
-->> hantar or tidak itu terpulang pada pihak kamu. Tapi masalahnya apabila berkenaan pembayaran debit. Are u forcing??

Click!! Panggilan mati....