Sunday, January 30, 2011

SenGaLkaH???

Cerita kedai kopi...tiada hakim tiada saksi....... bla bla bla~~
Dalam kehidupan ni Ada berbagai-bagai 'human behaviors' yang kita boleh tengok. Bak kata pujangga,"takkan jauhari mengenal manikam." Eh..eh..eh...salah pulak....yang betolnya, "banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam." Begitulah kehidupan.... macam2 ragam manusia kita boleh lihat. Ada yang serius, ada yang lucu, ada yang ntah pape n macam2 lagilah.haha~ Hidup ini memang ceria!! =)

Tapi apa yang nak dikisahkan di sini...alkisah...........

*********************************************

Situasi I

Sekumpulan pelajar dalam perjalanan pulang dari satu program. Si A tertido di dalam van tetapi pabila tersedar..........
Si A: Eh nape gelap cam nak ujan je nie....
Kawan Si A di sebelahnya sudah ketawa terkekeh-kekeh.
Si B: memangla nak ujan. Cuba ko bkak spek mata itam ko tuh...
hahahahahah.......lucu tapi benar taw!=p
Komen: jangan pakai cermin gelap semasa nak tido.

********************************************

Situasi II

Satu pagi yang indah tapi agak "jam" di situ, terdapatlah simpang yang mempunyai "traffic light".... Si A dan Si B di dalam satu kereta sedang memerhatikan sebuah kereta waja.Alkisah,...

Si A: Eh cuba tengok keta tu..
Si B: Nape?
Si A: Tu pak cik tu... keta dia rosak ke? Cian, dahla kat traffic light.
Nak kata kereta pancit tapi macam takde tanda2 kereta tu pancit pun. Pak cik itu membuka pintu belakang kemudian kembali ke tempat "driver".
Si A: Laa...Cuba tengok bawah keta tu. Tengah kai kasut qopenye....sempat lagi kai stokin tuh.haha...
"Sharp2" je pak cik tu tutup keta, terus je lampu hijau...hahaha. Tak percaya??? Percayalah!Bagusla pak cik tu... menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya =)
Komen: Jangan bazirkan masa. Masa itu TIDAK BERHARGA.

******************************************

Walaupun ia sengal tapi cerita-cerita seperti ini ada pengajarannya tersendiri.kan2??Baiklah, setakat ini sahaja yang dapat diri ini coretkan pada kekasih hatiku (born2defend). InsyaAllah di kesempatan yang ada nanti akan ku tatap dirimu untuk memenuhi ruangan kosong di hatimu ini....hehe..

Saturday, January 29, 2011

TenSen tapi...???

Rasanya setiap orang kena amik ujian dementia ni... Perlu k!!haha
Jom uji kecekapan anda!!

Ujian Dementia

Di bawah ada ( 4 ) soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera. OK?


Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda......



Ready? GO!!! (lihat bawah)

Soalan Pertama:

Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?





~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~





Jawapan: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!

Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK ?




Soalan Kedua:
Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat...? (lihat bawah)



~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~





Jawapan: Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi.. siapakah yang terakhir, bagaimana anda boleh memotong orang yang terakhir?


Adakah anda pantas dan cerdik, tidak begitu rupanya.?






Soalan Ketiga:
Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan tanpa menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira. Cuba lah....



Ambil 1000 dan campur 40 . Sekarang campur lagi 1000 . Campur lagi 30 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 20 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 10 ... Berapa kah jumlah semua?


Lihat bawah untuk ...jawapan.. ..









~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~


Adakah jawapan anda 5000 ?

Jawapan sebanar adalah 4100.



Jika anda tak percaya gunakan mesen kira-kira.! Mungkin ini bukan hari anda kan ? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul ... Cuba .



Soalan keempat:

Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?







~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~

Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah.
Namanya Mary. Baca semula soalan!



Okay, cuba jawab soalan bonus:

S orang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakunan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.

Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimaa dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. ...?








~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~




Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati

Mudah sahaja.


Tensen ... tensen.... tapi seb bek klakar...hahahaha

Friday, January 28, 2011

Daddy & Son

Cerita ni ana kupas (bukan cam kupas bawang yer,,..) dari 1blog yang ana terbuka pagi ni... saje je cari bahan nak segarkan mata after telan nasi lemak kat cafe tadi...hehe.

**********************************************************

Suatu pagi seorang anak yang baru masuk sekolah primary bertanya kepada daddynya,

'Daddy.daddy .... sex tu apa, daddy ....?'

Terkulat-kulat si ayah. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman sekarang yang membuatkan manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak-anak yang masih kecil. Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat dibincangkan, mulalah si ayah mencari-cari jawapan yang sesuai dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden.

Maka si ayah pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan bunga, telur yang yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan pembentukan bayi dalam kandungan.

Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah menyelitkan pula kisah percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah lagi hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yang bertanya itu. Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. Si ayah kehairanan.

'Eh kenapa ni?'

Si ayah bertanya kehairanan. Si anak masih juga menangis.

'Jawapan daddy tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni pendek. Daddy ajalah yang tulis, waaaaa!!!!'

Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang pada muka depan tertulis.... ..

.... SCROLL DOWN ....

























hahahahahahahahahahaa....adeyh...tkena lak =p
Segar mata akhirnya...wakaka

Wednesday, January 26, 2011

kEbASSS II

Beberapa hari kemudian, disiarkan pula berita pihak polis memohon supaya orang ramai yg terlibat dalam "pesta" mengutip duit syiling itu memulangkan semula duit-duit tersebut. Namun, apa yang berlaku tiada seorang pun yang datang memulangkannya... hmm malu...malu...huhu~

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya :

Nabi s.a.w mendengar seseorang menasihati saudaranya dalam hal malu iaitu melarangnya dan menganggap perbuatan itu buruk, lalu Nabi s.a.w bersabda: Malu itu sebahagian dari iman.

Malulah kita sebagai belia pabila anak2 kecil melihat orang dewasa menunjukkan contoh sebegitu. Kata orang, "anak-nak muda sekarang adalah peneraju masa hadapan" tapi.... tak perlulah kita pergi jauh, contoh sudah ada di depan mata. Kalau nak tengok anak2 masa hadapan macam mana, lihatlah orang dewasa/masyarakat sekarang. Anak-anak lebih gemar meniru dan mengikut cara dan gaya yang dilakukan oleh ayah, ibu, guru atau masyarakat disekelilingnya daripada mendengar. "Do what i say, dun do what i do", itulah istilah yang bersesuaian sekarang. Ayah cakap,"jangan merokok nak..."."Ayah smoking xpe pun...". Hah, ayah nak cakap pe....hoho~


Begitulah pentingnya memiliki sifat malu. Bukan hanya dari pandangan manusia tapi paling utama adalah di pandangan Allah S.W.T. Malulah dengan diri sendiri... Namun kita hari ini banyak mementingkan pandangan manusia. Ketahuilah Allah itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui...


Dari Abu Mas’ud Uqbah bin Amr Al-Anshari Al-Badri rodhiyallohu ‘anhu Dia berkata: Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:

“Sesungguhnya sebahagian ajaran yang masih dikenal umat manusia dari perkataan para nabi terdahulu adalah: ‘Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu.” (HR Bukhari)

Kalau bercakap pasal malu ni memang banyak. Kita buka tajuk tu di lain hari ok?Renung2kan dan selamat beramal....^^,

Wednesday, January 19, 2011

kEbASSS

Hari ini terpampang di muka akhbar "Pesta Kebas Duit Syiling"... ='(
Seperti yang dilaporkan, wang syiling RM75,000 itu bertaburan selepas sebuah kenderaan Toyota Hilux dilanggar kereta BMW. Bayangkan betapa ramai orang sanggup berhenti n turun kutip duit-duit syiling tersebut sejurus selepas kemalangan itu. Berhenti itu takpe tapi ni siap sanggup membahayakan nyawa mengutip duit-duit itu di lebuhraya tersebut. Bukan 10, 20 or 30 minit tapi...3 jam!!! Nauzubillah.... Larangan dari polis langsung tak diendahkan...aish... Seperti yang dilaporkan pihak polis kepada akhbar, tiada sesiapapun yang datang memulangkan duit syiling tersebut.

Namun apa yang nak ditekankan di sini adalah:

1. Mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain
Bayangkan, dalam situasi itu yang mana mangsa kemalangan dalam kesakitan ada yang "berpesta" mengutip duit-duit tersebut.

2.Kebas
Kalau kita paham perkataan kebas ni umpama mencuri. Mencuri adalah mengambil sesuatu yang bukan hak dirinya dengan sengaja/niat tanpa kebenaran empunya.kan2?? Beranikan mereka mngebas duit syiling tu... Cuba bayangkan kalau hukum hudud betul2 dijalankan di negara kita...pikir2kanlah...

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya :

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Seorang penzina tidak akan berzina jika ketika itu dia berada di dalam keimanan. Seorang pencuri tidak akan mencuri jika ketika itu dia berada di dalam keimanan iaitu iman yang sempurna. Begitu juga seorang peminum arak tidak akan meminum arak jika ketika itu dia berada di dalam keimanan.


Begitulah fenomena dunia akhir zaman... ='(

......................................................................

P/s:
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Pencuri yang paling jahat ialah yang mencuri di dalam solat; tidak menyempurnakan ruku'nya dan sujudnya." Hadith dikeluarkan oleh Ibnu Abi Syaibah, Al-Tabarani dan Al-Hakim.

Tuesday, January 4, 2011

SuccEsS!!!!

Wasiat Imam Hassan al-Banna
Saudaraku...
Janganlah engkau berputus asa,
kerana putus asa bukan akhlak seorang muslim.
Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah impian semalam,
dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok.
Waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian
masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita,
meskipun fenimena-fenomena
kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka.
Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya
dan yang kuattidak akan selamanya kuat.


The difference between a successful person and others is not a lack of strength, not a lack of knowledge, but rather a lack in will
~Vince Lombardi~

It's hard to beat a person that never gives up
~Babe Ruth~

If you want to truly understand something, try to change it
~Kurt Lewin~

There is a difference between interest and commitment. When you're interested in doing something, you do it only when it's convenient. When you're committed to something, you accept no excuses; only result.
~Kenneth Blanchard~

Never go backward. Attempt, and do it with all your might. Determination is power.
~Charles Simmons~