Sunday, September 27, 2009

Antara Ramadhan dan Syawal

Ramadhan sudah melabuhkan tirainya.. Syawal pula datang menggantikannya.. Rasanya belum puas diri ini melalui Ramadhan. Sekejap saja masa berlalu.. Lantas diri ini tersedar bahawa itulah salah satu daripada tanda-tanda hampirnya Hari Khiamat. Namun hati sayu bila mengenangkan kembali apa yang telah terjadi pada zaman ini.

Hati hiba mengenangkan
dosa-dosa yang ku lakukan
Kerna hilang dari jalan
Menuju redhaMu Ya Tuhan
Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan diri
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah terimalah taubatku ini..
~Irsyadee Ft. Hafiz Hamidun - Taubat Seorang Hamba~

Walau apapun kesalahan yang kita lakukan mestilah cepat-cepat memohon maaf dan bersegera bertaubat.InsyaAllah diampunkan kerana Allah itu Maha Pengampun=) Firman Allah s.w.t. (bermaksud):

Katakanlah (wahai Muhammad): "wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
>>al-Zumar 39:53<<


"Sesungguhnya jika seseorang hamba berbuat kesalahan/dosa dititikkan pada hatinya satu titik hitam. namun bila ia menarik diri/berhenti dari dosa tersebut, beristighfar dan bertaubat, dibersihkan hatinya dari titik hitam itu. Akan tetapi bila tidak bertaubat dan malah kembali berbuat dosa, maka bertambahlah titik hitam tersebut hingga mendominasi hatinya.."
~HR Ahmad~


29 Ramadhan..
Pagi-pagi lagi mak dah sibuk-sibuk nak wat ketupat...Mana taknya, sok kan raya..Lama gak nak wat ketupat ni. Mana taknya, nak kena buka daun palas dulu, tanak pulut..tunggu pulut sejuk baru leh balut ketupat tu. Pastu kukus ye lak.Abis wat sume tu dalam tengah hari gakla. pastu sambung masak makan untuk juadah berbuka puasa. Lehla dikatakan spesel gak juadah petang tu..Wat keli bakar, sotong celup tepung, ayam masak kicap, sayur and so on. Bukan pe, maklumla petang tu sume anak menantu ada kat umah and ari last pose untuk taon nie...InsyaAllah panjang umur jumpa la Ramadhan taon depan=) Malam tu akak wat kuah laksa. Pas dah settle sume dalam kul10p.m. akak pun lek umah mak mertua ngan hubby dye. Sok Petang lak dye datang. Tiba-tiba adikku yang form5 nangis. upe2nye dye got headache. Mak pun g pegang badan dye. Panas!! Sudddenly, seluruh badan dye jadi kejang. Dye cakap satu badan dye dah kebas. Merah muka dye. Sebelum ni dye gtaw pernah sekali jadi kat hostel tapi kejap je. Ni kat umah berlarutan. Panggil mak sedara kat sebelah umah tolong tengok. Dye pun kata tak pernah lak jadi camni. At last bawa p Hospital Besar Kangar. Yela nak p klinik confirm dah tutup. Dah dekat kul11pm. Akak n abang ipar pun datang lek p skali ke hospital. Sampai sana adikku kne tambah air n amik darah..huhu..1st time malam raya 'melawat' hospital. Memang dalam hati berdoa xkne tahan kat wad. Alhamdulillah dalam kul 1 lebih adikku dibenarkan balik. Tu pun lama coz tunggu result darah dye keluar. Alhamdulillah sume ok..=) Xdapat bayangkan kalo btol2 kne tahan malam tu..Confirm diri ini yang kne temankan adik. Redha jela... Sampai umah pun dah dekat kul2pagi..Memang trus tido la..

1 Syawal..
Kelam kabut pagi tu dengan baju xiron malam tu. Mana taknya, semalam sampai umah pun dah lewat. Cadang2 semalam nak settlekan sume baju2 tu.. Pastu nak sambung wat kuih mazolla(kuih kacang). Lastly lain cerita jadinya.. Itulah yang dikatakan Qada' n QadarNya. Tiada siapa pun yang tahu perancanganNya. 'Manusia hanya merancang, Dia yang menentukannya'..

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagimu"
(Al-Baqarah : 216)
"Barangkali kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak" (An-nisa : 19)


**Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu memerlukan kesabaran pula. Adapun bala dan musibah ia akan menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu syukurilah ia kerana syukur yang sedemikian adalah setinggi-tinggi erti syukur

Hari-hari seterusnya berlalu seperti biasa. Ziarah-menziarahi semasa raya memang adat kita(^^,)

Friday, September 18, 2009

wHaT i did LaSt wEeKeNd?? II

Hah, ni cter time nak lek u lak. Dalam kul3ptg, my abang ipar send me kat stesen Jelatek. Akak ajak bkak pose dulu pastu baru balik u.Hmm..susah kalo lek malam2 ni..siang2 ari pun susah nak cari jalan apalagi malam..huhu. Masa dalam LRT tu ramai gak la orang tapi takdela pack sangat cm tin sardin (penah dok dalam tin sardin ke?haha).. Pastu adala sorang uncle India ni tetiba datang dekat ana.Ish jap g silap2 leh belaga..Upe2nya baru sedar yang uncle tu buta..adoi..manala dia nampak orang. Dua tiga kali gakla jadi camtu. Dah jadi cam cter hindustan lak. Dia datang ana lari..Dia datang lagi, ana lari lagi..haha. So, dok lari pusing tiang dlm LRT tu la plak..hua3.. Lastly dia pun turun kat dato' keramat kot.. Cian lak tengok dia ngan tongkat dia. Pandai dia cari arah. Kadang2 kita yang leh nampak pun tak tentu arah. Hmm..

Sampai kat KL Sentral dalam kul3lbih gakla..Pastu p tunggu bas lak. Alhamdulillah pas sampai kat bus stop tu, hujan turun lebat gle..Dalam ati dah pk camne la nak p nek bas jap g. Mesti ramai orang punya..Dalam kul4 bas sampai. Cam yang di agak pun terjadi...huhu..Ana orang last nek bas.Bagi laluan kat 2orang mak cik tu dulu nek bas. Cian lak kat diorang. Nek2 lak kena dok depan pintu lak tu..aduish..kalo pintu terbukak confirm jatuh ni. Dahla insurans nyawa pun takde. So, kai insurans "tawakkal" jela..InsyaAllah lebih selamat..=) Penat gak berdiri..huhu. Redha jela..Lastly sampai gak kat seksyen 2..Alhamdulillah..Pastu amik bas 603 yang masuk u.
Sampai bilik pun dekat kul5.30..=)

Monday, September 14, 2009

wHaT i did LaSt wEeKeNd??

Ari sabtu lepas ana melawat ke rumah kakak yang terletak di Jelatek. Pada awalnya bercadang nak keluar awal pagi g ke Masjid Jamek. Sengaja nak window shopping sebab akak nak jemput kat stesen LRT Jelatek kul 4.00 petang.Tapi last minit tukar plan lak g melawat kawan sekolah dulu yang sekarang belajar di Maktab Bahasa Melayu, Lembah Pantai. Masa odw g KL sentral baru inform kat dia. Pastu dia pun ajak g maktab dia dulu. takpela alang2 dah keluar, so lajak2kanlah diri g sana...lagipun dah lama xjumpa..huhu..teringat lak lagu amar..

Ukhuwah yang terbina persis sekuntum bunga
Meskipun kini kita sering terpisah demi kasihNya
Namun cebisan kenangan kita sentiasa bermain di bayangan mata
Detik waktu yang berlalu
Menjadi memori kau dan aku...

Teringat lak zaman muda2 dulu...hehe..Hah, sambung lek cter masa odw nak g maktab. Punyala diri ini pk npe la xsampai2 KL sentral lagi...Stiap kali bas benti, i turn to back. Dah makin surut orang neh. Tapi nape cam xsampai2 lagi ni?Ish3...At last uncle driver bus tu tanya,"Adik nak g mane?" Jawabku,"Kl sentral." Tba2 terpusiang belakang,upe2nye dah tinggal sorg dlm bas tu. Patutla uncle tu tanya...huhu..Tapi cam lucu gakla..hehe.."Pastu nak nek bas ne ek uncle nak g sana lek?"tanyaku."xpe2, jap g bas ni pusing lek tapi kne bayarla.." kata uncle 2.. Bagiku bayar xbayar ke memang kne patah sana lek. Kalo nak nek LRT kat situ manala ceq taw...huhu..

Masa dalam bas tu pak cik tu pun gtawla cane jalan2 kat KL sentral tu sebab diri ini memang dop dkat ngan tempat driver. So, snangla nak sembang. Lastly dia kata adik xyahla bayar...Alhamdulillah..da gk org bukan Melayu yang camni. Kadang2 tu orang Melayu sendiri pun xmacam tu..Tol x??Sampai kat maktab kawan dkat2 kul 1 gakla. Petang tu dalam kul3 lbih kua g mid. G jalan2 je..Just li buku kt MPH. Before tu dah inform akak suh amk kul6. Tapi waktu 2 KTM nak ke KL sentral pnuh gle. Pnat je 20minit tunggu and lastly xleh naik..huhu. So, terpaksala amk taxi ke sana..Sampai umah akak dkat kul7..Haa..xabis cter lagi ni..i'll be back..Wait huh..hehe..

Petikan dari seorang sahabat:
Andai segalanya mudah, pasti hidup tak terasa indah, Andai semua yang kau ingini kau miliki, pasti kau tak belajar menghargai, Andai setiap saat kau bahagia, pasti tidak kau rasai nikmat duka... Justeru, hadapi hidup dengan tabah kerana selepas hujan mungkin akan ada pelangi, selepas mendung hari pasti kembali cerah dan selepas susah pasti ada kesenangan(^_^)


Friday, September 4, 2009

Nuzul al-Quran & Lailatul Qadar



**Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.


‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

**************************************

**Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)


Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

******************************************
**Panduan

Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:

1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran

2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.

3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.

Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.


Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).


Sumber : Dr. Samsu Adabi Mamat, UKM

Thursday, September 3, 2009

Tiada dua...

Ayah dan ibu
Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami..
Dapat melihat bulan dan matahari..aaahai..
>>dendangan allayarham sudirman<<

Sape xsayang mak ayah dia?? Meh nak tengok sikit sape tu? Tipula sape tak sayang parent dia.. Tapi zaman sekarang ni rasanya da gak orang yang xsuka parent dia kot...bukan xsayang tapi xsuka..xsayang pun ada kot..MasyaAllah... Tapi bila kita tanya lek kat parent, parent mana xsayang kat anak dia?? Ada diorang mengaku? Ada diorang merungut diorang bagi anak makan, bagi duit g sekolah, suap makan..pendek kata, they'll give the best for their children!! Apa nak sume diorang kasi. Cuma lambat atau cepat je. Kalo anak sakit cepat je g berubat. Kadang2 xtido malam coz jaga anak yang sakit tu. Seingat diriku, tak pernahla da parent yang xkasih n sayangkan anak dia. Bayangkan haiwan pun sayang anak dia, ni kan manusia yang Allah swt kurniakan akal untuk dia berfikir, ada hati n perasaan. Tapi apa si anak tu buat bila dah besar?? Melawan cakap diorang? Buat menda yang diorang tak suka? Ugut nak lari rumah kalo tak dapat moto/kereta?Ish3... Sadis sangat..Ingatlah, pengorbanan mak ayah ni terlalu besar pada kita. walau 10 orang anak yang jaga mak ayah tu tapi belum tentu setanding ngan kasih sayang diorng.."Seorang ibu/ayah boleh jaga 10 orang anak tapi 10 orang anak belum tentu dapat jaga seorang ibu/ayah." Tol tak?? Hmm..pk2kanla...

***********************************************
Teringat kejadian masa diri ini pergi ke klinik berdekatan rumah bersama mak masa cuti kuarantin H1N1 aritu.. Sementara tunggu giliran, ada sorang pak cik ni nga usik-usik adikku yang umo 3tahun lebih tu...

Pak cik : Pak cik ada banyak cucu...Tapi ada sorang anak pak cik ni pak cik nak main ngan anak dia pun tak leh. Dia kata tangan orang tua-tua ni banyak kuman. Nanti anak dia dapat sakit. Tengok tu, tangan yang banyak kuman ni la yang besarkan dia. Kalo aku tahu camni jadinya, dari kecik lagi dah buang dalam tong sampah. Tapi mak ayah mana yang nak biarkan anak dia camtu....

Dari situ, kulihat kelopak mata tuanya berair... Sedih mendengar cerita pak cik tu.. Masa tu memang diri ini diam seribu bahasa. Hanya mengangguk sahaja sekadar mahu pak cik itu mengerti diri ini dapat menyelami perasaannya ketika itu (empathy). MasyaAllah... Tergamak seorang anak mengucapkan kata seperti itu kepada orang tuanya. Orang tua??Siapa??Dah lupakah dikau bahawa tangan tua itulah yang menjaga, memberi makan, mendidik, memelukmu?? Oleh sebab itulah wujudnya anak seperti Si Tanggang dan Sazali.. .

************************************************
Baru-baru ni, my lecturer da tanya,"For whom you come here? Is it for yourself?Mum?Dad?" Nobody answer his question.. He said,"Common guys, ladies... You should doing this for someone. You know why? When you do for yourself you will be nothing. Eh ada asignment nak kne wt ni...owh xpela..lambat lagi ni nak submit..see?Xde something yg leh motivate kan u.At least doing for your mum, dad.. Tiap-tiap pagi diorang bangun toreh getah nak bagi korang duit makan, study...apalagi? Ada x antara korang ni yang dalam poket dia sekarang xda duit untuk buka pose jap g??Ada x? Ada x yang lepas kelas ni jap g nak kua g kje?Ada?? Xde kan...2la korang, hidup mewah...Bila u do for someone u will be someone.you'll bebetter. bila malas study je u akan pk,"Eh xleh ni..kne studi gak. Nanti besar nak kje, nak kasi mak aku idop senang.." u c dat? So, think about that.."

Moral values:
1. Berbuat baiklah kepada kedua orang tuamu
2. Ikut setiap apa yang disuruh selagi ia tidak melanggar hukum Islam
3. Hargailah mereka sementara masih ada..Hanya satu, tiada dua..Jangan menyesal kemudian hari.
4. Ingatlah bahawa suatu masa nanti anda juga akan menjadi ibu dan ayah kepada anak-anak anda..InsyaAllah
5. Apapun yang berlaku, kita kembali kepada hukum Islam

"Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa dan kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah swt tidak suka kepada orang-orang yang sombong, takbur dan membagga-banggakan diri."