Saturday, June 25, 2011

Labah n Cicak

Pernah tak korang main labah-labah masa kecik-kecik, zaman bujang dulu?haha
Pernah tak korang lastik cicak kat bumbung rumah sampai mati? Ketepet!!! Jatuh sudah...haha

Main labah-labah
Biasala...zaman kecilku tak pernahnya diri ini dok diam. Sampai labah-labah hidup pun jadi mainan. Bukan apa..best tengok labah-labah tu panjat pakai tali yang dia ada..haha. pantang nampak labah-labah mesti kena cekup punya. Ku hayun-hayun sampai dia turun guna tali ke bawah tapi tak sempat sampai bawah aku biarkan kaku. Pastu slowly spider tu panjat ke atas. Tak sempat sampai atas aku hayun bagi dia turun balik. Camtulah yang ku ulang sampai spider tu lari hilang entah ke mana...hehe...


Lastik cicak
Haa... waktu malam memang on la mainanku ini...Sekali dengan abah pun join sekali. Siap tolong buat lastik dari getah lagi,..haha. Sesapa yang dapat jatuhkan cicak, dia menang..haha. Sekali sekala ja buat menda-menda camni. tiap-tiap hari mau ganti baru lak bumbung umah...Mana taknya, cicak tak kena, bumbung yang berlubang...haha..



Cer cite...
Masa kat sekolah rendah dulu ustazah selalu citer pasal labah-labah yang tolong Nabi Muhammad S.A.W. semasa di gua Thur. Nak tahu kisah selanjutnya boleh link di sini --> LABAH-LABAH.

Pasal cicak lak betol tak kita akan dapat pahala bila bunuh ia? Seperti yang diri ini tahu, ia adalah sunat. Sebab kisah cicak popular pada zaman Nabi Ibrahim bila mana ketika Nabi Ibrahim dicampak di dalam api tiada satu pun haiwan yang melata di bumi semuanya berusaha memadamkan api kecuali cicak yang meniup untuk menyemarakkan api. Selanjutnya boleh diketahui di sini --> CICAK

Apapun, setiap kejadian Allah itu ada asbab dan musababnya. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. After dis, nak bkak cer pasal semut lak..hehe. Nantikan!!! :P

p/s: Pernah juga ana tengok kat National Geographic di mana baju kalis peluru adalah diperbuat daripada sarang labah-labah. Subhanallah...=)

Friday, June 24, 2011

Moderate~

Apa yang dikatakan dengan sederhana? Bagi diri ini, susah betol mendefinisikan sederhana ini dalam satu perkataan...haha..

Apa yang boleh ana gambarkan,...
sederhana ini amat menyenangkan
Tidak memberatkan
Juga tidak terlalu meringan-ringankan
Sederhana buat jiwa lapang
Sederhana buat jiwa tenang.

Apa yang lebih mahal dari sederhana?
Ana sendiri pun tak tahu,..haha
Apapun sederhana itu mampu membuat ana tersenyum=)


Kesederhanaan itu, sayang tak terungkap

Ana sangat bersetuju tentang apa yang dinukilkan oleh Hilal Asyraf_Langit Ilahi, "sederhana itu sayang tak terungkap"

Jeles tak kalau tengok couple yang saling mengambil berat?
Jawapan jujur, ana cemburu. Wah, kamcingnya mereka berdua.

Jeles tak kalau tengok pasangan tunang yang hubungan mereka sweet habis?
Jawapan jujur, ana cemburu. Wah, seronoknya!
Jujurnya, kita suka kalau pasangan kita menzahirkan kasih sayang dia kepada kita. Bahkan, apatah lagi kalau kita ini dikelilingi oleh mereka yang risaukan kita.

"Eh,
tak nampak hangat pun hubungan kau dengan dia?"
"Dia
nampak macam tak suka kau je?"
"Korang
berdua ni, sebenarnya ok tak?" Haha..

Memang akan pening kepala dibuatnya. Kadangkala kita akan rasa macam hubungan di atas syara' ni tak seronok kan?


Juga seperti yang disampaikan HA_LI:

Tetapi ana suka kita kembali kepada definisi sayang.
Apa itu sayang?
Hendak bersama hingga ke syurga. Tidak akan melempar ke neraka. Bercinta sampai syurga. Nah, bukankah ke'sederhana'annya dalam berhubungan dengan kita satu bentuk sayang?
Bukankah dia telah meyelamatkan kita?
Apakah yang lebih memuaskan hati daripada kebenaran ini?
Oh, sederhana memang indah!

Penutup: Ana suka lelaki sederhana


Sederhana itu indah.
Untuk dunia dia menyenangkan.
Untuk akhirat dia menyenangkan.
Dia tidak terlalu memberatkan hingga kita terasa susah.
Dia tidak terlalu meringankan hingga kita terasa dilalaikan.
Saya suka lelaki yang sederhana.

(,^^(^^,)/
@)---->------

Thursday, June 16, 2011

Kalendar Islam

Pernahkah anda mendapat ucapan Hari Lahir dalam bulan Islam? Kalau pernah, anda cukup bertuah. Memang boleh buat calon suami or isteri lah!haha...Namun, majoriti dari kita tidak tahu tarikh lahir dalam bulan Islam. Percaya atau tidak? Kalau diikutkan nisbahnya mungkin dalam 1:50 atau mungkin lebih.... Walahu'alam... Sepanjang pengalaman diri ini bertanya soalan itu, belum ada yag dapat menjawabnya. Terkilanlah juga pabila laju sahaja dijawab jika ditanya dalam kalendar Christian. Lagi terkilan bila bulan-bulan Islam pun tidak diketahui. Sadis... Lagi dasyat dari kemalangan ngeri di jalan raya tuh..huhu. Sebagai muslim kita seharusnya mengambil tahu akan hal ini. Bukan apa, "Basic thing kot...". Cubalah cari bilakah tarikh lahir anda dalam kalendar Islam.

Cuba klik link di bawah:

Kalendar Islam

Dunia di hujung jari. Nak dengan tak nak ja.
" Hendak seribu daya, tak mahu 1001 dalih"
"Where's a will, there's a way"

Nilailah karekter anda dari situ. Bukan apa, sekadar guide untuk anda. Tak semestinya 100% tepat. Sekadar nilaian pada diri. Yang baik ditambah menjadi lagi baik, yang kurang baik dibetulkan menjadi terbaik.

Sharing is caring, Caring is loving, Loving because of Allah S.W.T
Islam itu Indah (^^,)/



p/s:: jom wish birthday dalam bulan Islam=)

Wednesday, June 15, 2011

dia atau DIA??

"Utamakanlah pandangan Allah lebih pada pandangan manusia"

Masyarakat komtemporari hari ini nampaknya lebih mementingkan pandangan orang di sekeklilingnya. Tidak kiralah perkara yang dilakukan itu hingga melanggar tuntutan agama Islam. Sesungguhnya Islam itu mudah. Tapi manusia yang membuatkan ia menjadi susah.

"Kalau u dah keja macam ni, so u must show ur commitment in this area. Dah memang kerja kita macam tu. Nanti apa kata orang/client lak."sinis bunyinya.

Tapi kalau kerja tersebut sampai melanggar hukum Allah S.W.T., tidak kisahkah? Kenapa perlu mementingkan pandangan orang berbanding pandangan Allah S.W.T.?Tidak kisahkah menerima balasanNya? MasyaAllah... Kerja itu ibadah. Halal kerja, halallah rezeki. Kadang-kadang diri ini tidak puas hati dan sakit hati dengan kenyataan yang diberikan anak muda zaman ini. Bukan apa, selagi boleh elak, elakkanlah. Contohnya, selagi ada doktor perempuan muslim yang boleh merawat anda, pergilah ke situ. Dan dalam bidang perubatan pun Islam ada meletakkan syarat-syaratnya. Itulah realitinya dunia hari ini. "Matlamat menghalalkan cara"... Jangan sesekali menggunakan alasan profesion anda menyebabkan anda terpaksa begitu dan begini. Semuanya atas diri anda sendiri. Muslim yang bertaqwa akan memilih jalan yang paling terbaik dalam memilih segala aspek dalam kehidupannya. 'Its not about your job/profession, but its all about your decision-making skill'. Moga Allah S.W.T. sentiasa melimpahkan sinar hidayahNya kepada hamba-hambaNya yang zalil ini (termasuk diri ini).

Apapun, apabila rasa takutkan Allah di dalam hati, semua yang dilihat akan memberi pengajaran dan hikmah. Yang dilihat biasa oleh kebanyakan manusia, dilihat dan dirasakan luar biasa bagi orang yang dekat dan takutkan Allah lantas menghalang mereka melakukan maksiat dan dosa atau istilahnya baik pada pandangan orang biasa, buruk pada pandangan orang yang dekat dengan Allah S.W.T.

Utamakanlah DIA dari dia... InsyaAllah bahagia dunia & akhirat.

p/s:: Pilihlah jalan yang tidak perlu anda membuat pilihan. Anda mampu mengubahnya!!=)

Tuesday, June 14, 2011

Solat n Sembahyang

"Semua orang SEMBAHYANG tetapi tidak semestinya semua orang SOLAT"

Berdasarkan kenyataan di atas, setujukah anda??
Apakah? Mengapakah? Kenapakah? Hmmm...Let's find it together...

Rasionalnya semua orang samada beragama Islam atau bukan Islam masing-masing punya cara tersendiri mengabdikan diri kepada Tuhan.Kita sebagai muslim, menunaikan solat 5 waktu sehari semalam adalah Rukun Islam ke-2 di mana setiap umatnya wajib menunaikannya. Bagi yang bukan Islam pula, ada yang pergi ke gereja, kuil atau tokong untuk bersembahyang. Cuma apa yang hendak disampaikan di sini, setiap muslim akan menunaikan solat manakala bukan muslim pula bersembahyang. Pernahkah anda dengar seorang kristian ke gereja menunaikan solat? Itulah bezanya SOLAT dan SEMBAHYANG. Oleh itu, gunakanlah term yang sepatutnya/lebih afdhal sebagai seorang muslim... Renung-renungkan dan selamat beramal (^^,)/

"Dan dirikanlah olehmu solat, kerana sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar" ~ Al Ankabut: 45~



Sunday, June 12, 2011

Hanya PadaNya

Semalam keluar ke d0wnt0wn berdekatan "petak masa" a.k.a Times Square. Saja menghabiskan sisa-sisa masa yang hanya beberapa hari lagi di Sri Petaling sempena SUKMA 2011. Menikmati keindahan malam adalah satu yang amat menyeronokkan bagiku. Bulan hanya separa, namun tiada bintang di sekelilingnya. Langit gelap gelita dan akhirnya bulan beransur hilang pabila awan mula menutupi kehadirannya. Lampu-lampu bertebaran di sekeliling kota.....

Jalan dan jalan dan terus jalan ke seluruh kedai yang ada di situ, diri ini tiba-tiba tertarik dengan satu kedai, "Pet Shop" yang mana satu-satunya kedai yang menjual 'pet' di situ. Tetapi hanya ada dua jenis haiwan peliharaan yang dipamerkan untuk dijual iaitu 'chipmunk' dan ular. Ketika itu hanya beberapa pengunjung sahaja yang ada.

Aku:: Pak cik, landak kecik yang comel tu ada dijual tak?
Pakcik:: Ada. Tapi adik kena tempah dulu la. Harganya boleh dirundingkan.
Aku:: Owh....(dalam hati< sebenarnya nak tengok rupa sebenar landak tu sebab tak pernah tengok life lagi...huhu>)

Diri ini terus mengintai-intai apa yang ada di dalam kedai itu. Ada ular sawa besar tapi kata pakcik, itu hanya display sahaja bukan untuk dijual.

Pak cik:: Ada seekor ular yang cantik.Kejap ye pakcik keluarkan. Dye sembunyi bawah newspaper ni lak. Ular ni tak berbisa. tak gigit orang.... Warna merah dan kuning susu.
Aku:: Waa~ keciknya..Cantik! (tapi geli)
Pakcik:: Nah! Cuba pegang.
Aku:: Takpela pakcik...Takut...geli...
Pakcik:: Apala yang nak ditakutkan...Cuba je...

Atas dasar teringin nak pegang, diri ini pun ambik ular tersebut. Ya Allah! Geli! Allah saja yang tahu.

Pakcik:: Adik pegang jap eh. Pakcik nak ke tandas jap. Kejap je...
Aku:: Pakcik...Pakcik...Pakcik...ular ni...ambikla balik...T__T.... ambikla pakcik...(ular tu dah macam nak merayap ke tangan aku dah...HUwaaaaaa~)
Pakcik:: Buat macam tali je....Kejap je eh. Ish, tak malu ke semua orang tengok tu..haha

Sekali diri ini pandang depan dan belakang, rupanya ramai orang tengah tengok gelagat kami ketika. Memang tak perasan langsung ada orang. Ramai pulak tu.. Malu...malu...Tapi lagi takut kalau ular masuk baju...

Aku:: Pak cik....ambikla.....
Pakcik:: Haha...Main je...Pakcik jarang kasi budak-budak main ular ni. Sebab takut dia luka.

Boleh pulak pakcik gelak-gelak..adeyh.. Lastly, beranikan diri gak...calm down...jangan gelabah... dan akhirnya saya berjaya!!!=D Berjaya mengatasi rasa takut dan geli.

P/s:: Takut hanya padaNya Yang Satu...Allahuakhbar!!

Saturday, June 11, 2011

Shopping!!!

Sambil minum-minum, kami berbual....shada, pika, nadhirah dan diriku.

Aku:: Kalo g shopping complex, kedai apa yang wajib korang masuk?
Shada:: Of course baju!
Pika:: Kedai buku....sebab nak beli komik.hehe..
Nad:: Kedai buku jugak sebab nak tengok novel=)
Shada:: U plak nana?
Aku:: Kedai kasut (sport), jam, kamera, dan kedai buku. Mesti!hehe.. Baju kurang banyakla...hehe
Shada:: Yela sebab u budak sport kan..haha....
Aku:: Kalo tak pun, i memang suka tengok gak..hehe. Nak demand buku la ngan korang..leh kan?heh3...

Itulah ceritanya....Sekian~

Gula or Milo dulu?

Teringat zaman sekolah rendah dulu. Kalau tak salah masa tu darjah 4, kelas pendidikan seni. Cikgu tanya seorang demi seorang macam mana kami buat air milo. Semua orang cakap:

1. Milo
2. Gula
3. Air

Sampai turn ku:

1. Gula
2. Milo
3. Air

Cikgu tanya, "Kenapa?"
"Sebab... kalo amik milo dulu nanti sudu kotor la untuk amik gula...kan cikgu?"
Cikgu,"Pandai pun.... Boleh buat menantu ni..". Sebenarnya saja nak kelainan jawapan dari orang lain tapi tetiba dapat idea alasan tu...Hahahaha....

Thursday, June 2, 2011

Bukan sekadar ucapan

Perjalanan hari ini yang memakan masa hampir 8 jam di dalam bas dari Kedah ke Pudu terisi dengan kerenah anak kecil yang dilayan oleh seorang ayah. kebetulan tempat dudukku adalah di hadapan mereka. Dari perbualan mereka anak kecil (lebih kurang berumur 4 tahun) itu bernama ika dan ayahnya di panggil walid. Yang paling diri ini tertarik sekali apabila seorang ayah yang melayan anaknya tanpa rasa jemu.

Ika:: Walid, nape bas tu berenti?
Walid:: Sebab rosak.
Ika:: Nape dye rosak?
Walid:: Tayar kena tukar.
..............................................

Walid:: Ika sejuk tak?
Ika:: Sejuk...
Walid:: Ika pakai sweater ea..
Ika:: Walid tak pakai?
Walid:: Walid tak sejuk lagi....
Ika:: Ala.... Walid pakaila....
Walid:: nanti sejuk walid pakai ea..
Ika:: Ok. Biar ika pakai sweater walid.
(tergelak aku...hehe)

macam-macam soalan yang anak kecil itu kemukakan kepada ayahnya. Namun si ayah tetap sabar melayan. Dari perbualan, si anak mengikut ayah pulang ke rumah bapa saudara di Penang kerana si ibu bekerja.

Ika:: Walid, walid jangan tido ye. Nanti sape nak jaga ika?
Walid:: Baiklah. Ika tido taw...
Ika:: Ok. Walid jangan tido taw...

Begitulah kasih seorang ayah kepada anaknya. Kasih sayang bukan sekadar ucapan namun boleh dipamerkan oleh perbuatan. Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah kekal selamanya ~~,

"SELAMAT HARI BAPA"