Monday, September 12, 2011

CiKgU~~

Esok 13 September genap 1 bulan diri ini bekerja sebagai guru ganti di salah sebuah sekolah rendah di daerah Kubang Pasu. Ya memang mencabar betul dunia kerjaya ni. Tapi apa yang boleh dikatakan, komitmen mesti ‘full’. Kata orang kerja cikgu la senang. Memang senang, senang untuk cuti la. Mengajar? Memang menguji kesabaran. Tambahan pula mengajar pelajar autism. Bukan sahaja mengajar tapi diri ini juga banyak belajar dari mereka. Walaupun kekadang ada yang menyakitkan hati tapi biasala budak-budak…haha. Best tengok telatah diorang ni. Memang kelakar n nakal habis!haha…

Diri ini mengajar untuk 2 kelas. Kelas Arif dan Bazil. Lingkungan umur antara 7 hingga 14 tahun. Terkejut? Macam mana boleh ada pelajar sekolah rendah berumur 14 tahun? N macam mana mereka duduk dalam 1 kelas? Haa… itulah autism yang mana physically look perfect but mentally they are slow or on the other word we called them as slow learner student. Apapun I love teaching them.

Suasana kerja dikelilingi teman sekerja dari guru-guru dan pelajar-pelajar memang best. Bukan senang nak dapat peluang menjadi seorang guru sekarang tambahan pula without education background in degree. Sebab itulah bila dapat panggilan dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) terus diri ini setuju menerima tawaran itu walaupun hanya untuk tak sampai 2 bulan.

Tiap-tiap minggu ada meeting guru-guru, latihan rumah sukan, perkhemahan perdana, latihan unit uniform, perhimpunan…haha. Tak pernah terjangka akan melalui semua ni bila dah besau macam ni.. (^^,)/… Yela, dulu perhimpunan kena berbaris, dengar cikgu kat depan bagi ucapan. Sekarang kita pulak duduk kat depan n beri ucapan. Beri ke??haha.. Apapun diri ini bersyukur diberi peluang seperti ini. Cukup berharga walaupun singkat. Alhamdulillah=)

Tak sangka dapat jumpa cikgu masa sekolah rendah dulu kat sekolah ni. Dah 10 tahun rasanya tak jumpa. Bila jumpa memang cikgu ku gembira sangat. Habis di war-warkan kepada cikgu lain bahawa diri ini anak muridnya. “Erm dah tua la cikgu ye.. sampai dapat jumpa anak murid jadi teman sekerja..haha..” Celoteh cikguku pertama kali berjumpa. Awalnya diri ini tak berani tegur sebab takut salah orang. Tapi bila dah confirm nama, baru diri ini menegurnya. Terpancar kegembiraan pada wajahnya. Sungguh tak dapat kuungkap. Begitulah perassaan seorang guru, bukan mengharap balasan tapi kejayaan pada anak-anak muridnya.

Dedikasi buat guru:

::Lilin yang menyala membakar dirinya::

::Buat menerangi insan yang memerlukan::

::Tanpa disedari diri sendiri yang sirna::

::Duka nestapa dibiarkan saja::

p/s: terharu pabila first time dengar orang panggil 'cikgu'=)

Tuesday, September 6, 2011

Clinic

Tawaran
"Hello, ini Cik Nazra kah? Kami dari klinik A****. Boleh tak adik masuk kerja petang ni?"
--> "Maaf kak. Petang ni tak dapatla,... saya kat shah alam sekarang. Besok pagi boleh?"
"Kalau macam tu esok pagi jam0730 adik datang ke klinik na.. Terus kerja."
-->"Ok." Gumbira tak terkata hati ini=D

Alhamdulillah dapat offer kerja kat poliklinik berdekatan rumah. Walaupun gaji tak seberapa banyak seperti yang diidamkan, tapi pada diri ini masih banyak lagi ilmu n pengalaman yang ingin diterokai. Lepas zaman matrik baru diri ini sedari akan minat diri yang lebih menjurus ke arah sains terutamanya biologi. Rugi tak belajar pandai-pandai untuk jadi doctor...huhu. Alhamdulillah dapat juga peluang bekerja di klinik bersama seorang doctor dan isterinya dan juga 5 orang pembantu klinik termasuk diri ini.

Tugas
Tugas? Of course la kena hafal ubat-ubat yang ada. Untuk permulaan diri ini hanya duduk sebelah Kak Mala (salah seorang pembantu klinik) melihat cara meng'key in' data pesakit dan ubatan. Selain itu, kami juga perlu memastikan bekalan ubatan sentiasa ada.

1st day
Memang best lah kerja tu. Hari 1st masuk diri ini membuat Urine Pregnancy Test (UPT) pada salah seorang pesakit di klinik itu. Untuk pertama kalinya diri ini melihat dan membuat sendiri UPT. Bab ubat lak kalo yang paling popular macam piriton, uphamol, cloromine, fred... Memang banyak lagi yang nak kena hafal. Takut nanti tersilap bagi ubat kat pesakit.hehe...

Benti kerja
Pagi hari ke3 diri ini masuk kerja, dapat 1 panggilan dari PPD. Diri ini di offer menjadi guru ganti di salah sebuah sekolah rendah di daerah Kubang Pasu, Kedah. Alhamdulillah...(^^,).... Tapi rasa bersalah pulak nak bagitaw doctor untuk berhenti kerja. Lastly, petang tu cakap gak dengan isteri doctor. Dia pun kta ok ja=)