Wednesday, June 15, 2011

dia atau DIA??

"Utamakanlah pandangan Allah lebih pada pandangan manusia"

Masyarakat komtemporari hari ini nampaknya lebih mementingkan pandangan orang di sekeklilingnya. Tidak kiralah perkara yang dilakukan itu hingga melanggar tuntutan agama Islam. Sesungguhnya Islam itu mudah. Tapi manusia yang membuatkan ia menjadi susah.

"Kalau u dah keja macam ni, so u must show ur commitment in this area. Dah memang kerja kita macam tu. Nanti apa kata orang/client lak."sinis bunyinya.

Tapi kalau kerja tersebut sampai melanggar hukum Allah S.W.T., tidak kisahkah? Kenapa perlu mementingkan pandangan orang berbanding pandangan Allah S.W.T.?Tidak kisahkah menerima balasanNya? MasyaAllah... Kerja itu ibadah. Halal kerja, halallah rezeki. Kadang-kadang diri ini tidak puas hati dan sakit hati dengan kenyataan yang diberikan anak muda zaman ini. Bukan apa, selagi boleh elak, elakkanlah. Contohnya, selagi ada doktor perempuan muslim yang boleh merawat anda, pergilah ke situ. Dan dalam bidang perubatan pun Islam ada meletakkan syarat-syaratnya. Itulah realitinya dunia hari ini. "Matlamat menghalalkan cara"... Jangan sesekali menggunakan alasan profesion anda menyebabkan anda terpaksa begitu dan begini. Semuanya atas diri anda sendiri. Muslim yang bertaqwa akan memilih jalan yang paling terbaik dalam memilih segala aspek dalam kehidupannya. 'Its not about your job/profession, but its all about your decision-making skill'. Moga Allah S.W.T. sentiasa melimpahkan sinar hidayahNya kepada hamba-hambaNya yang zalil ini (termasuk diri ini).

Apapun, apabila rasa takutkan Allah di dalam hati, semua yang dilihat akan memberi pengajaran dan hikmah. Yang dilihat biasa oleh kebanyakan manusia, dilihat dan dirasakan luar biasa bagi orang yang dekat dan takutkan Allah lantas menghalang mereka melakukan maksiat dan dosa atau istilahnya baik pada pandangan orang biasa, buruk pada pandangan orang yang dekat dengan Allah S.W.T.

Utamakanlah DIA dari dia... InsyaAllah bahagia dunia & akhirat.

p/s:: Pilihlah jalan yang tidak perlu anda membuat pilihan. Anda mampu mengubahnya!!=)

No comments: