Thursday, June 2, 2011

Bukan sekadar ucapan

Perjalanan hari ini yang memakan masa hampir 8 jam di dalam bas dari Kedah ke Pudu terisi dengan kerenah anak kecil yang dilayan oleh seorang ayah. kebetulan tempat dudukku adalah di hadapan mereka. Dari perbualan mereka anak kecil (lebih kurang berumur 4 tahun) itu bernama ika dan ayahnya di panggil walid. Yang paling diri ini tertarik sekali apabila seorang ayah yang melayan anaknya tanpa rasa jemu.

Ika:: Walid, nape bas tu berenti?
Walid:: Sebab rosak.
Ika:: Nape dye rosak?
Walid:: Tayar kena tukar.
..............................................

Walid:: Ika sejuk tak?
Ika:: Sejuk...
Walid:: Ika pakai sweater ea..
Ika:: Walid tak pakai?
Walid:: Walid tak sejuk lagi....
Ika:: Ala.... Walid pakaila....
Walid:: nanti sejuk walid pakai ea..
Ika:: Ok. Biar ika pakai sweater walid.
(tergelak aku...hehe)

macam-macam soalan yang anak kecil itu kemukakan kepada ayahnya. Namun si ayah tetap sabar melayan. Dari perbualan, si anak mengikut ayah pulang ke rumah bapa saudara di Penang kerana si ibu bekerja.

Ika:: Walid, walid jangan tido ye. Nanti sape nak jaga ika?
Walid:: Baiklah. Ika tido taw...
Ika:: Ok. Walid jangan tido taw...

Begitulah kasih seorang ayah kepada anaknya. Kasih sayang bukan sekadar ucapan namun boleh dipamerkan oleh perbuatan. Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah kekal selamanya ~~,

"SELAMAT HARI BAPA"

2 comments:

Anonymous said...

touchingnya puan :'(
suka3!

nazra said...

saya pun suka (^^,)....