Friday, April 15, 2011

LeMaS @ RiMaS??

Dialog 1:: "Arghhh!!!! Rimas betol aku ngan dunia sekarang."
Dialog 2:: "Tolong!!...tolong!!...tolong...!!"

Antara 2 dialog di atas, what's your first impression after reading them?? Can differentiate which one is LEMAS or RIMAS?? hmm...lets think... << xyah pikir pun dah tawu jwpn :p >>

Sepanjang hidupku selalu terfikir macam mana rasa lemas eh? Serius!! ingin diri ini merasa lemas! Tapi xnakla sampai mati (boleh lak demand2 kn...astaghfirullah..) ...Orang cakap dalam air mesti panik punya.... Sebab tu la diri teringin sangat nak rasa. Nak rasa panik lemas!Sekali pun jadi la.. Lastly, baru-baru ni dalam 2 hari lepas, Allah Maha Kuasa...'kun faya kun'... diri ini LEMAS! Ya, memang PANIk! Dalam kekusyukan berenang, diri ini tidak sedar yang laluan sudah tersasar paksi rupanya... Nak dijadikan cerita, goggle ku pada hari itu putus. Jadi, berenanglah diri ini tanpa goggle, xnampakla 'jalan'. Berenang punya berenang tapi rasa cam lama sangat...dalam hati, "Aik?awat xsampai2 lagi ni?". Sekali berenti berenang terus tenggelam ke bawah. Rupanya dah terhanyut ke kawasan above 2 meter. dahla tengah2 plak tu!"Ah sudah...". Kalau air dalam memang diri ini penakut sikit! Tak pernah lagi cuba kat kawasan dalam tu. Terasa kelemasan di situ tapi still dapat fikir,"aku kena melonjak dari dasar ke permukaan n mintak tolong ni." PANIC??of course!! Mana xpanik, tadi start berenang kaki boleh cecah base lagi. Tetiba berenti dah xsampai base....Nak berenang sendiri pun tetiba dah xpandai...aish...T__T

Then, xsampai beberapa saat, safety guide pun sampai...kebetulan diorang (3 orang) pun berenang gak berhampiran dengan tempat kejadian...Alhamdulillah... mestila safety guide pun perempuan...ish3... ladies only k! Pastu sambung lek swimming..haha! Malu pun ada.. nak wat cane kn.. dah nak jadi. Alhamdulillah xdela sampai ke CPR..

Hari ni, diri ini beranikan diri swimming kat area dalam tu. Starting la ngan 'pesisiran' dahulu... Awalnya memang takut! Tapi "aku mesti berani! Sampai bila??" Alhamdulillah, terasa sedikit +ve progression menghadapi kedalaman air. So, after this...watch out!! Pengalaman termanis!(sebab nothing happen if something...Wallahua'lam)..

Begitulah jua bila dikaitkan dengan hidup ini... goggle umpama Al-Quran penunjuk jalan kita. Bila hilangnya Al-Quran dari pegangan kita, tiadalah penunjuk ke jalan kebenaran kita. Larilah paksi kita menuju ke jalanNYa. Namun sebenarnya, Al-Quran tidak pernah hilang, kita sendiri yang 'hilang' darinya. Itulah yang membuatkan kita LEMAS. Lemas dalam dunia. Diri sendiri lah punca segala-galanya. Namun, 'safety guide' umpama ahli ulama'@ orang yang bertaqwa. Maka jika kita berkawan dengan mereka, InsyaAllah hidup kita adalah ke jalan Allah, kebenaran..selamat.

Pesanan dari seorang sahabat:

Akhirat ibarat matahari, dunia ibarat bayang2,
Makin kita kejar bayang2, makin dia jauh, matahari pun makin jauh di belakang,
Tetapi jika kita mengejar matahari, makin dekat pula bayang2 mengejar kita kan?
-sekadar renungan bersama-


p/s:: jangan mintak yang bukan2..

Thursday, March 31, 2011

MuTiaRa kAta

ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumbambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi,
ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketengan,
ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan,
ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Allah,
ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan,
ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati
ambillah waktu untuk memberi, itu dapat membuat hidup terasa beerti,
ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan
ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga...

***************************************

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan.
Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukanan bagi kita.

****************************************
Dalam hidup, terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita ingini. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya, kita tahu bahwa yang kita inginkan kekadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.

*****************************************
Jadikan dirimu sebagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh, jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api. jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempat buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah.

*******************************************

Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat yang kamu ingin pergi. jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan..


Tuesday, March 29, 2011

Kalau betul Allah baik, Kenapa cipta Neraka?

Ini kisah benar.. Kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama.

Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Saya tidak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan.

Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di sebuah pasaraya telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.

Maka dia pun kena denda.

Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ini diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan".

Peraturan ni bukan semata-mata peraturan Majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga.

Kalau derhaka tidak mematuhi perintahNya, takut nanti tidak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah.

Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka?

Kenapa tidak sediakan syurga sahaja? Macam itu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia sudah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz. Sudah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.

Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz.

Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.

Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga.

Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur.

Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:

"Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga.

Maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma.

Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga.

Selepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak. Tak ada siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'.

Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" Tanya ustaz.

"Mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas macam tu je." Rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:

"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil.

Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.

Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji di atas dunia ni.

Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan hak kita untuk berpakaian sesuka hati kita.

Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian.

Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita juga."

****************
Rasanya sudah ramai yang membaca kisah ini. Tapi ana tetap nak kongsi
jugak. Sebagai renungan kita semua..^^,


Thursday, March 24, 2011

Polisi Debit Card??

Ya Allahhu Ya Rabbi...Ya Allahhu Ya Rabbi...Ya Allahhu Ya Rabbi..
(suatu pagi di ofis, kedengaran callerringtoneku)

"Hello..ini Cik Naz***** ker..."
--> Ye saye... ada apa-apa yang boleh saya bantu?
"Saya Sherlin and just want to inform u as a debit card holder of ***bank about new policies"
--> Oh yeker... please..
"Cuba cik tengok kad debit cik, di belakang tu ada sticker putih. Cik dah sign ke belum di atas sticker tu?"
-->Belom...knape?
"Cik perlu sign di situ dan cuba tengok di bahagian depan kad. Di situ ada nombor 4283 3200.... n cuba cik baca nombor selepas itu.."

Punyalah betul bentul...'cik' tu pun baca nombor tersebut.

"Ok, now cik tengok di belakang kad. disebelah sticker putih to ada nombor jugak. Cuba baca..."
-->176
"Itu adalah nombor cik sebagai client ke 176..."
--> Owh...

"Polisi baru di sini, cik akan menerima insurans takaful. Jika ada apa-apa yang berlaku ke atas diri cik segalanya akan di'cover' oleh insurans ini.Cik fahamkah?"
--> Oh faham..
"Jika berlaku kemalangan dan cik dimasukkan ke hospital, cik akan dibayar...bla bla bla~ Kalau apa2 berlaku contoh seperti kematian,minta maaf ye cik, kepada siapakah nama yang akan diberi wang insurans tersebut?"
--> Ibu saya.
"Nama ibu?"
--> bla bla bla~~~
"Untuk insurans tersebut cik perlu membayar sebanyak RM269/year dan bayaran adalah melalui debit card. Selepas ini kami akan membuat penghantaran polisi ini ke alamat cik. Cik ada masalah kah dengan penghantaran ini?"
--> Penghantaran memng xde masalah..tapi masalah bila sampai kepada pembayaran. Kalau saya xnak terima polisi ini?
"Oh polisi ini wajib bagi setiap pemegang kad debit ***bank...Cik ada masalahkah dengan penghantaran polisi?"
-->Wajib? cane 2? Bukan kita boleh pilih ke nak or x?
"RM269 itu adalah untuk setahun sahaja... tahun depan baru cik boleh pilih nak ambik or x.."
--> Are u forcing me?
"Bukan paksa cik.. ini adalah polisi...Cik ada masalahkah dengan penghantaran polisi ini(soalan ni lagi...adoi)?"
--> Ni macam kes paksa je ni....
"Bukan paksa.Cik perlu faham...ini adalah polisi...ada apa2 pertanyaan lagi?"
--> Saya xnak amik polisi tu!
" Cik ada masalahkah dengan penghantaran polisi?"
--> I dont bout penghantaran. Yang paling penting bayaran adalah secara debit dari akaun i."
"Oh itu Cikjangan risau. Setiap transactiom akan di beritahu terlebih dahulu kepada Cik..."
--> Memangla...tapi macammana ada polisi wajib ni?Hmm
"Ok. Sekarang Cik kasi current address cik dan kita akan hantar polisi tu dahulu. Cik boleh tengok dan baca polisi tu...Ok saya akan tinggalkan Cik 1 minit dan my staff akan hubungi cik semula k"
--> Ok.

After a few minutes.....

"Hello Cik. Tadi ada bos saya telefon Cik kan. My manager, a man"
-->Dari ***bank ke??
"Tak2..Owh sorry...maybe wrong nombor.."

after a few seconds....

"Hello, selamat pagi Cik Naz. I'm a manager. Tadi ada my staff, sherlin kol u kan?"
-->Yup
"So u need to take this policy and..."
-->Wait a minute. Talk with my brother k

'Cik' tersebut mendapatkan mangsa untuk berlakon sebagai abangnya...

-->> Hello
"Siapa ni?"
-->> Saye abang kepada hp owner ni.Boleh saye tahu kenape ye?
"bla bla bla~~"
-->> Saya rasa dia xnak polisi ni..
"Polisi ni wajib diambil. Ada masalahkah dengan penghantaran polisi ini?"
-->> hantar or tidak itu terpulang pada pihak kamu. Tapi masalahnya apabila berkenaan pembayaran debit. Are u forcing??

Click!! Panggilan mati....

Tuesday, February 15, 2011

Cantikkah???

Ramai wanita mengakui dirinya tidak cantik pabila tiada jejaka mendekatinya.
Ramai wanita mengatakan dirinya tidak cantik kerana tiada jejaka yang mengacaunya.
Ramai wanita mengatakan dirinya tidak cantik kerana tiada orang memujinya cantik.
Tapi tahukah anda mengaku tidak cantik itu umpama mengutuk salah satu daripada ciptaanNya???
Tidak cantik bagi pandangan seseorang itu tapi cantik bagi seseorang ini.
Tidak mempunyai kekasih hati/ jejaka idaman hati tidak semestinya tidak cantik.
Tiada orang mengganggu/mengacau semasa anda berjalan-jalan tidak semestinya anda tidak cantik.
Sesungguhnya cantik itu sujektif. Berfikirlah secara rasional.
Kajian telah membuktikan bahawa sesiapa yang tidak mengaku cantik mempunyai tahap confident yang sangat rendah. Percayalah, anda sememngnya cantik!! Walau tidak di mata manusia tapi utamakanlah pada pandangan Allah. Sesungguhnya ciptaanNya itu amat cantik lagi halus^^,
Bersyukurlah seadanya....Alhamdulillah

p/s: walau apapun...hati mesti kasi cantik=)



Untuk renungan bersama....

WANITA ITU CANTIK

Allah berfirman di dalam sebuah hadis Qudsi: "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan pendritaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

" Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

Sesungguhnya, ciptaan yang amat indah adalah wanita! Kerana setiap wanita itu cantik!
Wallahualam.....

Monday, February 14, 2011

n WaiTinG....

"Are we still friend??"
Sometime, suddenly this "???"
flying in n out of my mind
Waiting....waiting...
n continuing waiting make me sick
but i really want to know either fren fine or not
I'm always read fren message
Hopefully get another one new message
But.... waiting, waiting n continuing waiting

Tilll when i need to wait
Till when i need to cry
waiting for u fren
n till when we'll be like dis
Should i give up??

where is ur love?
Love as my fren
Love that because of Allah Almighty
'Ukhwah fillah abadan abada'
Word that u said me b4
n I'm always hold that
but now.... i'm doubt ='(

Where's ur promise?
When i sad of that
i'll open da inbox
Read ur promise
My heart was relieved...


Hopefully
U will come back
Be like before
Joking, sharing n exchanging
knowledge n opinions
Eventhough u r 4got
i'm really miss that... n waiting....





Sunday, February 13, 2011

BbQ

Semalam adalah malam yang cukup indah pabila dapat berkumpul bersama teman-teman seperjuangan di rumah lecturer ku di Mutiara Bangi. We got barbeque there. Semua ini adalah tidak dirancang. Semuanya atas ikhsan "mama" kami, Datin Sarina...=) Rindu nak jumpa anak2 la 2...hehe (perasan skejap ye=p)

Sepanjang di U, dialah tempat kami mengadu...Apa-apa masalah pun selalu kami rujuk kepada beliau... Kesian beliau... Tapi itulah fitrah manusia!=)

Setibanya di sana, kami disambut Danial (anak tunggal datin).
"Joging dari shah alam ke?"
Gelak kitorang bila dengar ayat 'perli terbaik' Danial.hahaha..
Mana taknya, Janji pukul6.30 petang tapi sampainya pukul9.00 malam.
" Ah ni sume salah oney,...kami tunggu dari kul5 kot..." rungutku n kinah.
Dah berapa kali datin call...adeyh...

Walaupun 4 orang je yang dapat hadir namun ia amat menyeronokkan terutama bila time story telling. Bukan senang kitorang nak duduk berkumpul sambil bukak cerita camnie...Di tepi swimming pool berlantaikan tikar dan berbumbungkan langit dihiasi jutaan bintang,...kopek durian,..Waaa!Indah!Best2!haha =)

Lebih kurang kul12midnight, baru kami bertolak pulang.
Ni satu lagi cite... Dua-dua kereta tak selamat (keta oney n capeq). Mana taknya, yang sowang tak tutup cermin kereta sebelah kiri.Siap buka habis lak tu. Yang sowang lagi lak tak kunci kereta. Dah nak 'sedekah' tapi takde lak orang nak terima...haha..Dengan laptop pe sume dalam keta.Adeyh...Memang excited nak makanla 2.. hoho~

Spend the time with friend is the most precious time after family (^^,)

Special thanks to Datinsarina & family..