Thursday, April 19, 2012

Mencintai kerna kekurangannya...




"Cintailah seeseorang kerana kekurangannya, kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya dan jangan pernah mencintai seseeorang dengan kelebihannya, kerana suatu saat nanti kamu pasti kecewa ketika kamu tahu kekurangannya..."



Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah, hartanya diperjuangkan fisabilillah, penawar hati Kekasih Allah, susah dan senang rela bersama...

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aisyah?
Isteri Rasulullah yang bijak, pendorong di kala kesusahan dan penderitaan, tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir airmataku melihat pengorbanan puteri solehah
Siti Fatimah, akur dalam setiap perintah, taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang, tiada memiliki harta dunia, layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...

Ketika aku marah, inginku intip serpihan sabar dari catatan hidup Siti Sarah...

Tabahi jiwaku, setabah umi Nabi Ismail,
mengendong bayinya yang masih merah, mencari air penghilang dahaga, diterik padang pasir merah, ditinggalkan suami akur tanpa bantah, pengharapannya hanya pada Allah.
Itulah wanita tabah bernama SIti Hajar..

Dalam bisik naluri hatiku...
Mampukah ku menjadi seperti mereka (wanita solehah)?
Mati dalam keunggulan iman, bersinar harum tersebar, bagai wanginya pusara Masyitah...

No comments: