Dari Abi Hurairah dari Nabi SAW sabdanya : “ Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan beriman dan mengharap keredhaan Allah nescaya akan diampunkan dosa-dosanya pada masa-masa lalu .”
( HR Bukhari Muslim )
Dalam salah satu riwayat pada sisi Nasa’i dari Qutaibah dari Sufyan dan ditambahkan : “ Dan dosanya pada masa-masa yang akan datang . Pengarang ini mengatakan bahawa riwayat ini hanya diriwayatkan oleh Qutaibah sendirian .
Baihaqi meriwayatkan dari hadith Ibnu Mas’ud pada bahagian akhirnya disebutkan : “ Dan pada setiap berbuka pada bulan Ramadhan , maka pada setiap malamnya Allah akan membebaskan 60,000 orang dari api neraka; dan apabila hari Raya Idul Fitri, maka Allah akan membebaskan sejumlah orang selama sebulan Ramadhan itu, iaitu 60,000 x 30 .”
Dari Abu Hurairah : Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : “ Apabila telah tiba Ramadhan , pintu-pintu syurga nescaya dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup; dan syaitan-syaitan dibelenggu .”
( HR Bukhari dan Muslim )
Dari Abu Hurairah ia berkata : Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : “ Tiga golongan yang permohonannya tidak akan ditolak, iaitu orang yang sedang berpuasa sampai dia berbuka ; seorang imam yang adil ; dan seorang yang sedang teraniaya , maka permohonannya diangkat oleh Allah sampai ke angkasa dan dibukakan pintu-pintu langit untuk dirinya ; lalu Tuhan Yang Maha Perkasa dan Maha Tinggi berfirman : “ Demi kejayaan-Ku , pasti Aku akan menolongmu , walaupun beberapa saat kemudian .”
( HR Ahmad dan Tirmizi dan ia mengatakan hadith ini hasan )
Dalam Tirmizi disebutkan : “ Orang yang berpuasa ketika ia berbuka ,” dan diriwayatkan oleh Ibnu Majah , disahkan oleh Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hiban ; dan dalam riwayat Al Bazaar dikatakan : “ Tiga golongan yang menjadi kewajipan Allah untuk tidak menolak mereka , iaitu doa orang yang berpuasa sampai ia berbuka ; doa musafir sampai ia kembali ke rumahnya ; dan doa orang yang teraniaya sampai ia mendapatkan pertolongan .”
Dari Abu Hurairah : Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : “ Barangsiapa berbuka sehari pada bulan Ramadhan tanpa sesuatu alas an atau tidak kerana sakit , maka puasanya tidak dapat digantikan oleh dirinya selama satu tahun , sekalipun dia sanggup melakukan puasa itu .”
( HR Empat orang ahli hadith dan disahkan oleh Ibnu Khuzaimah , juga diriwayatkan oleh Baihaqi )
Dari Ubaidillah bin Umar : Sesungguhnya Rasulullah SAW bersbda : “ Al-Quran dan puasa itu akan menjadi syafa’at bagi seseorang pada hari kiamat. Puasa akan berkata : Wahai Tuhanku, akulah yang menghalanginya dia makan dan bersyahwat, kerana itu jadikanlah aku syafaat bagi dirinya. Dan Al-Quran pun berkata : Dan akulah yang mencegah dia untuk tidur malam, kerana itu jadikanlah aku syafaat bagi dirinya .” Kemudian Nabi bersabda : “ Kedua-duanya dapat menjadi syafaat .”
( HR Thabrani dan para rawinya adalah rawi-rawi sahih,disahkan oleh Hakim, juga diriwayatkan oleh Abi Dunya di dalam Kitab Al Ju’ dengan sanad hasan )
Dari Salamah bin Qaishar : Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : “ Barangsiapa puasa sehari kerana mengharap keredhaan Allah , nescaya Allah akan menjauhkan dirinya dari jahanam seperti jarak jauhnya burung gagak yang terbang dengan membawa anaknya sampai ia mati tua .”
( HR Abu Ya’la dan Baihaqi )
Hakikat Ibadah Puasa
No comments:
Post a Comment