Wednesday, August 3, 2011

kasih sayangNya

Rasullulah ada bersabda: “Sesungguhnya Jibrail diberi tugas menguruskan segala keperluan anak Adam. Jika seorang hamba yang kafir berdoa, Allah berfirman kepada Jibrail, ‘Hai Jibrail tunaikanlah permintaannya. Sesungguhnya Aku tidak suka mendengar permintaannya’. Tetapi kalau seorang hambaNya yang Mukmin berdoa dan merayu-rayu, Allah berfirman kepada Jibrail, ‘Hai Jibrail, jangan engkau tunaikan dulu keperluannya sebab Aku senang dan bahagia mendengar permintaannya’.”

Tatkala membaca sabda Rasullullah S.A.W. di atas, hati ini sebak. Ya memang terasa kebenarannya! Terasa kerdil diri ini. Tak sangka betapa kasihnya Allah pada kita (hambaNya) begitu hebat. Maha hebat!

Terus melayang difikiran, “Patutla ramai antara mereka berjaya. Belajar pun memang paling ngetop. Bisnes pun menjadi. Tak hairanlah macam tu….” Apapun kita mesti ingat, ‘usaha tangga kejayaan’. Tanpa usaha mesti kita tidak akan mendapat apa yang kita inginkan.

Usaha+Doa+Tawakal= KEJAYAAN!

Oleh itu sama-samalah kita bersyukur melafazkan Alhamdulillah kepadaNya, Allah Maha Penyayang. Sebab itulah kesakitan itu adalah satu ujian untuk mendekatkan diri kita denganNya. Bersyukurlah kerana Allah masih peduli dengan kita. Sama juga jika dibandingkan dengan marah ibu kepada anaknya. Marah itu tanda sayang. Sungguh! Sama juga dengan kanak-kanak di taska yang kadang-kadang bergaduh. Kerana apa? Kerana kurangnya perhatian dari gurunya. Apa yang mereka lakukan hanyalah untk menarik perhatian gurunya. Kalau tidak percaya, cubalah! Ana sendiri sudah banyak kali cuba di rumah. Serius betul! Kadang-kadang tergelak juga sendiri..=D

2 comments:

Ya Akhi said...

thanks for sharing.. good info... keutuhan iman dapat ditingkatkan dengan mengharungi dugaan tuhan

nazra said...

thanks 4ur supporting^^,