Sunday, July 10, 2011

9 Julai

"JIWA PERWIRA MINDA PERKASA"
Itulah slogan kata sempena Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai kadet PALAPES IPTA ke-30.

"Dengan ini, beta mengisytiharkan saudara dan saudari sebagai Pegawai Leftenan Muda dalam Rejimen Askar Wataniah."Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar...Berderai air mata menyapu di pipi tatkala terlafaznya ayat itu...tertusuk ke qalbu, bagai jantung berhenti berdenyut sebentar... Ya Allah, hanya Engkau yang mengerti perasaan ini. Gembira, sedih, terharu dan semua perasaan itu bercampur baur. Segala penat lelah, susah payah, suka duka, pahit jerih yang ku lalui selama 3 tahun ini terbayar jua akhirnya. Tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan itu. Alhamdulillah, everything run smoothly..

"Saya ingin menyatakan bahawa perbarisan Istiadat Pentauliahan pada kali ini adalah lebih baik dari sebelum ini,"kata Datuk Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin, Panglima Tentera Darat. Itulah pujian yang memang kami nantikan. Bukan apa, menurut jurulatih kawad kami, perbarisan pada tahun lepas adalah perbarisan yang terbaik. Alhamdulillah...

"UiTM dapat no.2 selepas UPNM. Sebenarnya kamu yang sangat fight dengan UPNM." Encik Grinus, RSM, jurulatih UiTM. No wonder lah UPNM menang, tapi kalau UiTM menang mahu nangis Panglima TD nanti..hehe

Perjalanan selama 3 tahun sebagai pegawai kadet akhirnya terbayar. Bagi diri ini, 3 tahun itu satu jangka yang sangat panjang (semasa latihan) tapi sebenarnya ia sangat pendek. Bukan bermaksud perlu ditambah tahun itu. pejam celik pejam celik dah habis rupanya... Begitulah masa sekarang.. berlalu tanpa kita sedari. Alhamdulillah semuanya selesai sudah... Tunggu nak lapor unit pulak (yeke??haha..)

UiTM Shah Alam Young Officer Batch 30

Majlis Makan Malam Rejimental Siri 30 di Hotel Grand Bluewave

~Wajah-wajah gembira~
Born to defend.... thanks to shada, pika, mai n nadhirah. Always be my side. Memories remain 4eva (^^,)/
I love my skuad!!(^^,)/
Thanks to all...

No comments: