Monday, November 22, 2010

bahana berantai

"meoww...meowww...meowww..."
si comel mengaduh sendirian...

*******************************

"Boleh tak kalo wt kerja tu elok2 sikit!!! Buat lagi skali proposal ni! Dahla hantar lambat, salah pulak tu! Makan gaji buta ke???!" Marah bos kepada salah seorang pekerjanya....

*******************************

"Bang, tadi yang tengok interview abang kat tv tu. Pas je abis rancangan tu, kawan ayang tepon, dia cakap ayang xjaga makan pkai abang ke sebab dia kata abang comot je masuk tv..." seloroh si isteri kepada si suami yang baru pulang dari tempat kerja...

"Eh, biarlah!!! sibuk sangat! suka jaga tepi kain orang!!!" gurauan si isteri disalah ertikan...

*******************************

"Ibu, cuba tengok lukisan Aiman. Cantik kan?" sambil tersenyum riang. tapi...
"Ko ni asyik2 lukisan je! Semak mata aku tengok tau! Haish!" marah si ibu..

*******************************

Dusshhh!!!
"Meowww!!!" mengaduh si comel pabila perutnya ditendang laju oleh si anak.
"Nah, amik kau! Suka sangat mengganggu jalan aku!" jerkah Aiman....


Cerita ini telah ku kupas dari buku "Murabbi Cinta" hasil penulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Cerita lebih kurang begitulah...Maybe ada penggunaan bahasa yang berlainan. Begitulah akibatnya apabila marah. Ia membawa kesan yang sangat buruk.

عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ : أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : أَوْصِنِي. قَالَ: ((

لاَ تَغْضَبْ. فَرَدَّدَ مِرَارًا قَالَ: لاَ تَغْضَبْ )) رواه البخاري.

Daripada Abu Hurairah r.a.:
Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat.
Baginda bersabda: Janganlah engkau marah.
Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali.
Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah.
~Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari~

No comments: