Tuesday, November 9, 2010

Bah~

Bah?? Bahkan? Bahru?Bahrain?Bahgia??
Hmm...renung-renungkan dan selamat beramal!=p
Bah membawa maksud banjir... (loghat kedah..)

Apa itu bah@banjir??
Banjir ialah keadaan air yang menenggelami atau mengenangi sesuatu kawasan atau tempat yang luas (wikipedia).

Hmm,..cuba kita fikir apa yang dikatakan dengan banjir dari perspektif yang berbeza...

Seperti yang kita semua sedia maklum, baru-baru ini kita telah digemparkan dengan berita banjir yang yang melanda Utara Semenanjung Malaysia. Buat julung kalinya banjir besar berlaku di Kedah Darul Aman dan Perlis Darul Sunnah tanggal Disember 2005 kini kembali memetik nostalgia itu kembali buat kali kedua. Bahkan, banjir yang melanda pada kali ini lebih teruk dari yang dulunya. Ramai yang menjadi mangsa dan ada juga yang terkorban... Innalillahi wa innailaihirajiuun...

Tatkala bencana ini menimpa, teringat diri ini akan satu cerita yang pernah dibaca suatu ketika dahulu di blog seseorang yang tidak dikenali. Ceritanya berbunyi lebih kurang begini...

Pak cik: Apa yang anak fikir pabila melihat kulit buku ni?

(Sambil mengunjukkan sebuah buku yang mana ada lukisan sebuah rumah dimasuki banjir lumpur di kulit hadapannya)

Pemuda: Rumah yang terkena banjir lumpur...

Pak cik: Betul! tapi... cuba anak fikir dari sudut yang berbeza.

... Pemuda terdiam...

Pak cik: Ke mana pun kita pergi, akhirnya kita akan pulang ke asalnya. Sebenarnya, bencana ini menunjukkan bahawa Allah mengingatkan manusia tentang asal usul kejadian kita. Asalnya dari tanah, dan 'pulangnya' juga ke tanah. Tapi mereka tidak sedar akan hal itu. Sesungguhnya, Allah mengingatkan kita bahawa kematian itu amat hampir dengan kita.

Seperti yang di'describe'kan oleh blogger berkenaan, ramai yang mengatakan pak cik itu gila. Beliau selalu memakai jubah putih dan menggantungkam 'signboard' yang dibuat sendiri di lehernya (terlupa pula diri ini apa yang ditulis...huhu) sambil membawa buku-buku seperti yang digambarkan di atas untuk dijual. Pernah sekali ana terserempak dengan pak cik seperti yang digambarkan di Masjid Jamek pada Ramadhan lalu . Tetapi tidak berkesempatan berbual kerana ramai orang ketika itu sedangkan beliau pula “in motion”.

Tapi, yang membawa kemusykilan pada diri ini, “adakah beliau betul-betul gila?”. Hmm…mana mungkin kata-kata hebat yang keluar dari mulutnya bahkan mengalahi pemikiran seorang manusia normal dikatakan gila. Wallahu ‘alam…

Apa yang hendak disampaikan adalah setiap yang berlaku pasti ada asbab dan musababnya. Ana sangat bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh pak cik tersebut: “Sesungguhnya Allah mengingatkan kita bahawa kematian itu amat dekat dengan kita…”.

Itulah, kita seharusnya sedar akan hal itu.

“Kembali ke asal, melawan becana kealpaan”.


Banjir di Arau, Perlis


Buat renungan:

Siapa sebenarnya manusia??

Link to:

http://putera1.tripod.com/islam/kejadian.htm

http://rahasia-dibeber.blogspot.com/2010/07/manusia-berasal-dari-tanah.html

http://tigosotigo.blogspot.com/2010/09/kisah-rasul-adam-diarak-malaikat-100.html

Subhanallah…


No comments: