Wednesday, July 27, 2011

Fakta

Cap Jari

Setiap orang, termasuk kembar, cap jari dan tekstur lidahnya tidak ada yang sama.


Mata

Otot yang bekerja paling cepat ditubuh kita ialah otot di kelopak mata yang membuat kita berkelip. Kita boleh berkelip 5 kali dalam sedetik.


Saderi

Memakan saderi membuang kalori lebih banyak daripada kalori yang terkandung dalam saderi itu sendiri.

sumber: berita harian

Monday, July 25, 2011

Put them down

Geledah punya geledah n geledah ana terjumpa satu cebisan kertas oren semasa sibuk mencari fail sijil-sijil yang disimpan dalam 1 kotak di rumah. Tertarik ana pada karangan ini bukan kerna atas warna kertasnya yang kontra tapi pada pengisian yang tersirat pada bait-bait penulisan itu. Ingat lagi ana pada penulisan ini yang mana ana dapat dari seorang lecturer English (Miss Ng) ana semasa menuntut di matrikulasi. Di sini ana kongsikan ia…..

“PUT THE GLASS DOWN TODAY!”

Professor began his class by holding up a glass with some water in it.

He held it up for all to see & asked the students

“How much do you think this glass weighs?”

’50 gms!’… ‘100 hms!’… ‘125 gms!’

… the students answered.

“I really don’t know unless I weigh it,” said the professor, “but, my question is:

What would happen if I held it up like this for a few minutes?”

‘Nothing’… the students said.

“Ok. What would happen if I held it up like this for an hour?” the professor asked.

‘Your arm would begin to ache’ said one of the students.

“You’re right, now what would happen if I held it for a day?”

‘Your arm could go numb, you might have severe muscle stress & paralysis & have to go to hospital for sure!’

… ventured another student & all the students laughed.

“Very good. But during all this, did the weight of the glass change?” asked the professor.

“No”… was the answer

“Then what caused the arm ache & the muscle stress?”

The students were puzzled.

“What should I do now to come out of pain?” asked professor again.

‘Put the glass down!’ said one of the students

“Exactly!” said the professor.

Life problems are something like this.

Hold it for a few minutes in your head & they seem OK.

Think of them for a long time & they begin to ache.

Hold it even longer & they begin to paralyze you. You will not be able to do anything.

It’s important to think of the challenges or problems in your life,

but EVEN MORE IMPORTANT is to PUT THEM DOWN at the end of every day before you go sleep.

That way, you are not stressed, you wake up every day fresh & strong & can handle any issue, any challenge that comes your way!

Forgive everybody before sleep! ^^,

**Some though that challenge were their obstacle but some though that challenge was their chance to get more better/as an advantage… renung2kan n selamat beramal=)

Thursday, July 21, 2011

Hobi anda?

Hari-hari saya makan...itu rutin
Hari-hari saya tidur... itu juga rutin
Hari-hari saya solat... itu wajib
Kadang-kadang ja baca buku... itu hobi...hehe


Buku? Mestila bukan buku akademik cam anatomy, sosiology, coaching..hehe...( masa belajar YES, masa free NO) tapi mesti buku yang berunsurkan motivasi n yang berilmiah, mesti ada pengisian. Novel?? Last choice lepas dah habis tak tahu nak buat apa..huhu..

Satu lagi hobi ketika diri ini singgah mana-mana kedai buku, buku yang dibelek mesti di usha dari page belakang dulu. Sama macam newspaper, ana akan baca dari helaian belakang dan ke hadapan. Ntah n tak tahu kenapa.. tu bukan hobi tapi tabiat kot..hehe.. Tapi nak gak panggil hobi.. :p

Lagi satu, time study dulu masa minggu study week of course la masing2 busy nak buat past year questions. Ana juga punya satu study group. Slalu je diorang bising sebab paper ana ni dikepil terbalik. I mean, sepatutnya kertas distepler di sebelah kiri (rumi), tapi ana stepler di sebelah kanan(jawi).. kena buat, baru taw condition dia.. da memang hobi...nak wat gena...hehe... Memang tu kedudukan yang paling selesa pada ana. Bukannya saja-saja nak buat...Seyes! Tryla..=)

Hobi anda?

Apapun dalam hidup ni jangan biarkan ia kosong. Rugi! Siapa lagi kalu bukan kita yang mencorakkan hidup kita selain ibu bapa. Gunakanlah kesempatan yang ada selagi ada. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara...

Wednesday, July 20, 2011

10.10

Dalam akhbar arini tetiba ana tertarik dengan 1 ruangan kecil, “FAKTA”. Dah lama dah persoalan ni menjadi misteri, tapi akhirnya arini…misteri telah terungkai…yeahhh…! Haha…

Apa yang misteri?? Haaa…rahsia la..haha! Janganla marah…gurau ja..hehe

Sebenarnya ada seorang temanku ini selalu perasan jam yang diiklankan majority menunjukkan pukul 10.10… Sehingga setiap kali ada iklan jam tak kira di TV, majalah atau newspaper ana melihat jam yang diiklankan memang menunjukkan pukul 10.10. Wah!! Kenapa ya??

“Alasan kenapa di iklan jam kebanyakan jarum menunjuk pukul 10.10, kerana jam itu akan kelihatan seperti sedang tersenyum.” (FAKTA, Berita Harian, 19 Julai 2011)

Haaa… Itulah fakta yang dikeluarkan di dalam FAKTA. Renung-renungkan… (^_^)/

p/s:: tapi still tak puas hati dengan fakta tu…muahaha~

Monday, July 18, 2011

Sebelum...

Hari ini
Sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup!!

**Mari sentiasa bersyukur... Ahamdulilah (^^,)/

mulakanlah harimu dengan memuji Allah
seiring siulan burung berterbangan di angkasa
berzikirlah dengan alunan Asma ul Husna
bersyukurlah kita masih dibangkitkan...

Wednesday, July 13, 2011

Lawak TauLiaH =D

DaLaM bAriS

Tapp!!!
Satu langkah ke hadapan sudah... rupanya tidur dalam baris

"Weh, tolongla buat Maharaja Lawak kat aku. Ngantok gler ni..."

Panggg!!!!
M16 jatuh sudah.....
"Hah, lena ampa lena na!" jerkah jurulatih..hahaha

dEwAn wAtiKah
Semasa rehearsal mengambil watikah (2jam), tidak sesiapapun dibenarkan tidur, merokok, makan atau pun minum...haha... Memang kaku habis macam pengantin bersanding gitu... Tapi apa yang berlaku... jeng! jeng! jeng!

************************
"Meh kita rehearsal kejut tidur k"
Ketepek!!!
"tak start lagi ko dah mula lentok!!" tak pasal2 kena dengan pegawai dalam dewan tu...rehearsal kejut tidur punya pasal...haha

**************************
"Eh no umah??"
"no umah ape?"
Mamai rupanya...haha

************************
"Nah, gula-gula"
"Thanks."
Tiba-tiba nampak gula-gula tadi jatuh. Rupanya orang tu dah tertidur masa gula-gula tu odw nak masuk mulut.hahaha...

********************
"Ooo mengantuk ye... Meh kita hangatkan keadaan. Buka mulut!" kata seorang pegawai.
Nah, sebiji cili siap dalam kedudukan.haha... Tak pasal-pasal dapat 'gula-gula' pedas free. Siap kena kunyah depan pegawai tu lagi. Apalagi, habis merah padam muka. Tu pun tak serik lagi, boleh tidur balik lak lepas tu. Apalagi, cili kedua siap dalam kedudukan la pulak.hahah!

********************
Jangan kata time duduk ja mengantuk, berdiri pun.. Terkejut diri ini tatkala tangan diragut teman sebelah.
"Fuh..fuh...fuh...nasib baik tak jatuh...hehe." kata temanku itu. Terdengar sayup-sayup suara di belakang kami, "Aiii...Berdiri pun boleh tido gak?haha.."
Mana la tak mengantuk, lepas kawad terus salin2 kasut n terus ke dewan tauliah. Penat 0oo...

**Macam-macam ragam masa dalam dewan watikah. Ini baru sikit. Ada lagi ni...haha. Tapi tak tercerita la pulak... Memang sangat kelakar kalau anda sendiri mengalaminya. =D


Sunday, July 10, 2011

9 Julai

"JIWA PERWIRA MINDA PERKASA"
Itulah slogan kata sempena Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai kadet PALAPES IPTA ke-30.

"Dengan ini, beta mengisytiharkan saudara dan saudari sebagai Pegawai Leftenan Muda dalam Rejimen Askar Wataniah."Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar...Berderai air mata menyapu di pipi tatkala terlafaznya ayat itu...tertusuk ke qalbu, bagai jantung berhenti berdenyut sebentar... Ya Allah, hanya Engkau yang mengerti perasaan ini. Gembira, sedih, terharu dan semua perasaan itu bercampur baur. Segala penat lelah, susah payah, suka duka, pahit jerih yang ku lalui selama 3 tahun ini terbayar jua akhirnya. Tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan itu. Alhamdulillah, everything run smoothly..

"Saya ingin menyatakan bahawa perbarisan Istiadat Pentauliahan pada kali ini adalah lebih baik dari sebelum ini,"kata Datuk Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin, Panglima Tentera Darat. Itulah pujian yang memang kami nantikan. Bukan apa, menurut jurulatih kawad kami, perbarisan pada tahun lepas adalah perbarisan yang terbaik. Alhamdulillah...

"UiTM dapat no.2 selepas UPNM. Sebenarnya kamu yang sangat fight dengan UPNM." Encik Grinus, RSM, jurulatih UiTM. No wonder lah UPNM menang, tapi kalau UiTM menang mahu nangis Panglima TD nanti..hehe

Perjalanan selama 3 tahun sebagai pegawai kadet akhirnya terbayar. Bagi diri ini, 3 tahun itu satu jangka yang sangat panjang (semasa latihan) tapi sebenarnya ia sangat pendek. Bukan bermaksud perlu ditambah tahun itu. pejam celik pejam celik dah habis rupanya... Begitulah masa sekarang.. berlalu tanpa kita sedari. Alhamdulillah semuanya selesai sudah... Tunggu nak lapor unit pulak (yeke??haha..)

UiTM Shah Alam Young Officer Batch 30

Majlis Makan Malam Rejimental Siri 30 di Hotel Grand Bluewave

~Wajah-wajah gembira~
Born to defend.... thanks to shada, pika, mai n nadhirah. Always be my side. Memories remain 4eva (^^,)/
I love my skuad!!(^^,)/
Thanks to all...