Saturday, March 3, 2012

Patah tumbuh hilang berganti...
Tapi yang tumbuh, yang berganti tak semestinya sama dengan yang patah dan yang hilang...huhu

Terkejut
Tanggal 25 Februari 2012, jam6.00 petang deringan mesej masuk kedengaran:
"Student kita sorang meninggal,s*** i****"
-->(dalam hati:"cam budak kelas aku ja..")
Tapi masih tak percaya. Trus reply, "Part?"
"Part 3"

Innalillah.... tatkala itu berderai mutiara halus keluar dati tebing kelopak mata. Tak dapat ku tahan. Terbayang wajah suci s***. Baik budaknya.... pay attention during class, tak pernah nak melawan, ikut ja apa yang kita suruh buat. Memang baik!

Selepas itu banyak panggilan yang masuk. Panggilan dari rakan-rakan sekelasnya.
"Miss ada contact number waris s*** tak?waris s*****?
"Miss s*** dah takde...."(menangis di hujung talian...
"s***** kritikal..."

Gelisah
Memang tak senang duduk. Kedua-duanya s*** dan s***** adalah studentku yang sangat baik. Kemalangan yang membabitkan sebuah motor dan sebuah kereta wira itu telah meragut 1 nyawa dan kini seorang lagi masih dirawat di hospital. Diri ini pada ketika itu masih di Shah Alam kerana menyelesaikan urusan pendaftaran master. Bas balik ke Pahang pula pukul 7 petang. Memang dah planning dari awal untuk balik Sabtu after finish urusan master. Ntah kenapa rasa sangat nak balik hari Sabtu padahal hari Ahad pun leh balik kot... memang kuat gerak hati ni nak balik Sabtu.

"Sempat tak kalau saya ikut p Johor untuk hantar jenazah?"
-->"Tak sempat. Takpa biar kami yang uruskan kat cni. Nanti awak uruskan S***** di hospital yang sedang kritikal." said one of my office mate.

Memang rasa bersalah n menyesal sebab tak dapat ikut. Tapi pasti ada hikmahnya... Ya betul! Rasa bersalah terasa terbayar tatkala diri ini dapat masuk ke wad kritikal dan melihat sendiri anak didik tersebut. Memang sadis!

Wad Kritikal
Sampai di dalam wad terus diri ini ke kaunter pertanyaannya. Lama juga diri ini menunggu di kaunter kerana pada masa itu semua petugas sedang sibuk mengendalikan pesakit. Di belakangku ini ramai petugas dan beberapa orang doktor sedang bertungkus lumus membantu pesakit tersebut. Memang nampak teruk. Dengan takbir, kalimah syahadah semua mereka sebut berulang kali. Tiba-tiba...

"Cik cari sape ye?"
-->saya cari student saya. Baru saja accident n masuk sini. Ermm...boleh saya tawu keadaan dia?
"A ah di belakang Cik."

MasyaAllah... pesakit yang ku ingat teruk tadi?? Kaku diri ini seketika tatkala memandang jasad itu.
"Cik ni sape ye."Tanya seorang petugas yang mengendalikan studenku itu.
-->saya pensyarahnya
"Minta cik kua sekejap ye. Nanti ada pape saya inform cik."

lantas diri ini keluar dan pabila di soal oleh akak (office mate;housemate) tentang keadaan student tu memang diri ini berlari keluar n terus menangis. kelu lidah. After a few minutes, then i storied her what was happened inside there. Terus akak meminta izin pergi ke surau (walaupun aku tawu akak memang penakut) n diri ini stay di depan wad kritikal if any news bout dat student from doctor.

Alhamdulillah
Apapun, Alhamdulillah urusan pengebumian arwah berjalan dengan baik dan kini keadaan s***** semakin stabil.

~Moga rohnya ditempatkan dikalangan hamba2Nya yang soleh..Al-Fatihah~
~Moga Allah menyembuhkan s***** seperti sedia kala...Ameen~


Teringat aksi S***** terlantar di dalam wad ICU menggerakkan jarinya cuba menulis sesuatu di selimut ketika diri ini dan akak masuk melawatnya petang Ahad (26 Januari) itu. Pabila ditenung satu persatu apa yang cuba disampaikannya..." T Q ....." Wah, terharu!!!Gembira S***** memberi response sebegitu dan masih kuat. Alhamdulillah....^^

p/s:: kebijaksanaan itu di ukur apabila seseorang itu sentiasa memikirkan apa yang berlaku selepas kematiannya....~Tanyalah Ustaz, 2Mac 2012



2 comments:

DienCarter said...

Allah telah menentukan ajal maut seseorang.Sesungguhnya apa yang ditentukan adalah untuk kebaikan bersama. yang Hidup pasti akan mati. Dari tanah kita dijadikan,kepada tanah kita dikembalikan. "WE ARE BORN FOR DYING". Bg yg masih hidup teruskan mencari bekalan sepanjang perjalanan kita menuju kematian. Al Fatihah

nazra said...

Yup mati itu adalah janji. "Daripada Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali pulang."
Thanks 4ur reminds=)