Wednesday, January 26, 2011

kEbASSS II

Beberapa hari kemudian, disiarkan pula berita pihak polis memohon supaya orang ramai yg terlibat dalam "pesta" mengutip duit syiling itu memulangkan semula duit-duit tersebut. Namun, apa yang berlaku tiada seorang pun yang datang memulangkannya... hmm malu...malu...huhu~

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya :

Nabi s.a.w mendengar seseorang menasihati saudaranya dalam hal malu iaitu melarangnya dan menganggap perbuatan itu buruk, lalu Nabi s.a.w bersabda: Malu itu sebahagian dari iman.

Malulah kita sebagai belia pabila anak2 kecil melihat orang dewasa menunjukkan contoh sebegitu. Kata orang, "anak-nak muda sekarang adalah peneraju masa hadapan" tapi.... tak perlulah kita pergi jauh, contoh sudah ada di depan mata. Kalau nak tengok anak2 masa hadapan macam mana, lihatlah orang dewasa/masyarakat sekarang. Anak-anak lebih gemar meniru dan mengikut cara dan gaya yang dilakukan oleh ayah, ibu, guru atau masyarakat disekelilingnya daripada mendengar. "Do what i say, dun do what i do", itulah istilah yang bersesuaian sekarang. Ayah cakap,"jangan merokok nak..."."Ayah smoking xpe pun...". Hah, ayah nak cakap pe....hoho~


Begitulah pentingnya memiliki sifat malu. Bukan hanya dari pandangan manusia tapi paling utama adalah di pandangan Allah S.W.T. Malulah dengan diri sendiri... Namun kita hari ini banyak mementingkan pandangan manusia. Ketahuilah Allah itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui...


Dari Abu Mas’ud Uqbah bin Amr Al-Anshari Al-Badri rodhiyallohu ‘anhu Dia berkata: Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:

“Sesungguhnya sebahagian ajaran yang masih dikenal umat manusia dari perkataan para nabi terdahulu adalah: ‘Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu.” (HR Bukhari)

Kalau bercakap pasal malu ni memang banyak. Kita buka tajuk tu di lain hari ok?Renung2kan dan selamat beramal....^^,

No comments: