Wednesday, January 19, 2011

kEbASSS

Hari ini terpampang di muka akhbar "Pesta Kebas Duit Syiling"... ='(
Seperti yang dilaporkan, wang syiling RM75,000 itu bertaburan selepas sebuah kenderaan Toyota Hilux dilanggar kereta BMW. Bayangkan betapa ramai orang sanggup berhenti n turun kutip duit-duit syiling tersebut sejurus selepas kemalangan itu. Berhenti itu takpe tapi ni siap sanggup membahayakan nyawa mengutip duit-duit itu di lebuhraya tersebut. Bukan 10, 20 or 30 minit tapi...3 jam!!! Nauzubillah.... Larangan dari polis langsung tak diendahkan...aish... Seperti yang dilaporkan pihak polis kepada akhbar, tiada sesiapapun yang datang memulangkan duit syiling tersebut.

Namun apa yang nak ditekankan di sini adalah:

1. Mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain
Bayangkan, dalam situasi itu yang mana mangsa kemalangan dalam kesakitan ada yang "berpesta" mengutip duit-duit tersebut.

2.Kebas
Kalau kita paham perkataan kebas ni umpama mencuri. Mencuri adalah mengambil sesuatu yang bukan hak dirinya dengan sengaja/niat tanpa kebenaran empunya.kan2?? Beranikan mereka mngebas duit syiling tu... Cuba bayangkan kalau hukum hudud betul2 dijalankan di negara kita...pikir2kanlah...

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya :

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Seorang penzina tidak akan berzina jika ketika itu dia berada di dalam keimanan. Seorang pencuri tidak akan mencuri jika ketika itu dia berada di dalam keimanan iaitu iman yang sempurna. Begitu juga seorang peminum arak tidak akan meminum arak jika ketika itu dia berada di dalam keimanan.


Begitulah fenomena dunia akhir zaman... ='(

......................................................................

P/s:
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Pencuri yang paling jahat ialah yang mencuri di dalam solat; tidak menyempurnakan ruku'nya dan sujudnya." Hadith dikeluarkan oleh Ibnu Abi Syaibah, Al-Tabarani dan Al-Hakim.

No comments: