Gunung Semangkok(1394 m)
~sebelum ke puncak Gunung Semangkok mesti melalui Gunung Gap dulu~
Bukit Kutu (1050 m)
Walaupun tahu takde yang baca blog ni, tapi apapun diri ini nak dedicate jugak kat sini. Sebab apa? Sebab kat sini la tempat ana meluahkan rasa…Ok firstly to:
~~My beloved ummi dan walid, terima kasih3x kerana…banyak sebabnya. Kalau nak dicoret satu per satu memang tak tercoret. Whatever , I love u!!!
~~My teachers & lecturers, terima kasih3x coz banyak memberi tunjuk ajar kepada anak muridnya ini. Bukan sahaja mengajar malah mendidik. I love u!!!
~~My fellow friends, terima kasih3x coz bersama-sama mengharungi pengajian di sekolah rendah n menengah, matrikulasi dan universiti. Juga kerana berkongsi kisah suka duka, berkongsi kasih dan membert sedikut ruang di hati anda untuk diri ini. Thanks! Friendship forever!!! Will be miss that moments!
~~My hubby??… bujang lagi la…hahahah
Impian?
Ada jugak yang bertanya apa plan pasni? InsyaAllah dok umah tunggu orang masuk meminang.hahah! takdelah….Mestilah nak build my career. Nak kerja macam mana? Of course yang halal.. Tak kiralah kerja apa pun tapi kalau boleh yang setaraf dengan my qualification. Whatever, jauh di lubuk hati diri ini merancang untuk menjadi seorang pendidik suatu hari nanti. InsyaAllah…^^
Ada jugak yang tanya,”Apa yang ko harapkan berlaku pada hari bahagia ko ni? I mean hari konvo ko..” Nak tawu ke? Haaa… Meh nak cter. Jangan gelak taw…Harap2 adalah Mr Right propose me officially at that time. Giving me a ring…Maybe… Hak3! Such a daydream. Mengarut je kan. Tapi itulah yang dikatakan impian, bukan reality. Haha… Apapun setiap kejayaan bermula dengan impian=D
Ada lagi ke nak tanya? Haha… apapun dalam hidup ni kita mesti letakkan diri kita sebagai seorang pengembara. Baru kita dapat merasai nikmat suka duka, pahit manis dan asam garam hidup ini. Jatuh bangun kita, itu semua ujian. Tanpa ujian tiada kejayaan. Sekali gagal tak semestinya selamanya gagal. Lihat saja orang yang berjaya pada hari ini, background mereka juga bukan dari yang senang. Bermulanya titik kejayaan didahului kegagalan. “ I maybe not be the best, but whatever I do I do my very best!”….(^^,)/
Diri ini mengajar untuk 2 kelas. Kelas Arif dan Bazil. Lingkungan umur antara 7 hingga 14 tahun. Terkejut? Macam mana boleh ada pelajar sekolah rendah berumur 14 tahun? N macam mana mereka duduk dalam 1 kelas? Haa… itulah autism yang mana physically look perfect but mentally they are slow or on the other word we called them as slow learner student. Apapun I love teaching them.
Suasana kerja dikelilingi teman sekerja dari guru-guru dan pelajar-pelajar memang best. Bukan senang nak dapat peluang menjadi seorang guru sekarang tambahan pula without education background in degree. Sebab itulah bila dapat panggilan dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) terus diri ini setuju menerima tawaran itu walaupun hanya untuk tak sampai 2 bulan.
Tiap-tiap minggu ada meeting guru-guru, latihan rumah sukan, perkhemahan perdana, latihan unit uniform, perhimpunan…haha. Tak pernah terjangka akan melalui semua ni bila dah besau macam ni.. (^^,)/… Yela, dulu perhimpunan kena berbaris, dengar cikgu kat depan bagi ucapan. Sekarang kita pulak duduk kat depan n beri ucapan. Beri ke??haha.. Apapun diri ini bersyukur diberi peluang seperti ini. Cukup berharga walaupun singkat. Alhamdulillah=)
Tak sangka dapat jumpa cikgu masa sekolah rendah dulu kat sekolah ni. Dah 10 tahun rasanya tak jumpa. Bila jumpa memang cikgu ku gembira sangat. Habis di war-warkan kepada cikgu lain bahawa diri ini anak muridnya. “Erm dah tua la cikgu ye.. sampai dapat jumpa anak murid jadi teman sekerja..haha..” Celoteh cikguku pertama kali berjumpa. Awalnya diri ini tak berani tegur sebab takut salah orang. Tapi bila dah confirm nama, baru diri ini menegurnya. Terpancar kegembiraan pada wajahnya. Sungguh tak dapat kuungkap. Begitulah perassaan seorang guru, bukan mengharap balasan tapi kejayaan pada anak-anak muridnya.
Dedikasi buat guru:
::Lilin yang menyala membakar dirinya::
::Buat menerangi insan yang memerlukan::
::Tanpa disedari diri sendiri yang sirna::
::Duka nestapa dibiarkan saja::
p/s: terharu pabila first time dengar orang panggil 'cikgu'=)
Tatkala membaca sabda Rasullullah S.A.W. di atas, hati ini sebak. Ya memang terasa kebenarannya! Terasa kerdil diri ini. Tak sangka betapa kasihnya Allah pada kita (hambaNya) begitu hebat. Maha hebat!
Terus melayang difikiran, “Patutla ramai antara mereka berjaya. Belajar pun memang paling ngetop. Bisnes pun menjadi. Tak hairanlah macam tu….” Apapun kita mesti ingat, ‘usaha tangga kejayaan’. Tanpa usaha mesti kita tidak akan mendapat apa yang kita inginkan.
Usaha+Doa+Tawakal= KEJAYAAN!
Oleh itu sama-samalah kita bersyukur melafazkan Alhamdulillah kepadaNya, Allah Maha Penyayang. Sebab itulah kesakitan itu adalah satu ujian untuk mendekatkan diri kita denganNya. Bersyukurlah kerana Allah masih peduli dengan kita. Sama juga jika dibandingkan dengan marah ibu kepada anaknya. Marah itu tanda sayang. Sungguh! Sama juga dengan kanak-kanak di taska yang kadang-kadang bergaduh. Kerana apa? Kerana kurangnya perhatian dari gurunya. Apa yang mereka lakukan hanyalah untk menarik perhatian gurunya. Kalau tidak percaya, cubalah! Ana sendiri sudah banyak kali cuba di rumah. Serius betul! Kadang-kadang tergelak juga sendiri..=D