Friday, February 12, 2010

WaRkaH CiNtA

Malam itu malam yang sunyi..
Malam itu adalah malam yang sepi..
Malam itu adalah malam yang menjadi saksi..
Malam itu ku terlupa tarikh induction dengan junior kami..hehe

Pada hujung bulan januari lepas, kami dikehendaki mengadakan 'induction' dengan junior. Pada asalnya ia dibatalkan atas sebab tertentu tetapi diteruskan juga secara "underground". Tidaklah se'perfect' yang dirancang namun alhamdulillah ia berjalan lancar. Salah satu aktivitinya ialah "Warkah Cinta". Setiap peserta dikehendaki menulis 'apa erti cinta' dan dikehendaki menujukan warkah itu kepada sesiapa yang mereka sukai. Tujuan aktiviti diadakan adalah hanya untuk santai+relax sambil mengembalikan semula wajah-wajah yang muram+masam selepas kena "change parade"(paling tak suka aktiviti tu). Selepas memberi masa lebih kurang 15minit,masing-masing berkumpul menjadikan 1bulatan besar. Warkah dikumpul dan kemudian diberi semula kepada setiap peserta. Jadi, masing-masing akan membaca warkah di tangannya sekarang. Diantara warkah berikut....





Begitulah sedikit sebanyak luahan hati mereka mengenai cinta.. Kadang-kadang sedih bertandang di hati pabila melihat anak muda sekarang mendefinisikan cinta. Majoritinya hanya memikirkan cinta antara dua insan. Insan itu pula adalah insan yang asing dalam hidupnya. Walhal dia masih ada ayah, ibu, abang, kakak, dan adik untuk dia cintai. Namun insan asing itulah juga yang dipilihnya dan cinta dan kasihnya pada si dia adalah melebihi cinta kepada ibu bapa. Sanggup berbuat apa saja demi "cinta sejati" itu.. MasyaAllah.. Itulah realiti dunia hari ini.


1 comment:

QueenBz said...

saya penah buat nie kat junior saya dulu..
same la, sume cinta kat boyfeen girlfren je..hampeh!
name mak ayah taksebut pon..
ade pon sorang dua jer..