Sunday, July 26, 2009

SegMen KaNt0i

Bagus betul kalau nak tangkap suami macam gini..haha..

cm ni lah kisahnya bermula...;
Sepasang suami isteri yg telah mempunyai 3 orang anak,
sedang berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka.
Si isteri bertanya kepada suami beberapa soalan. 


* Isteri : Bang, kalau saya mati dulu,
abang kahwin lagi tak?
* Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi.

Kerana, anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian.
Makan minum abang pun adalah orang yang sediakan. 
* Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang kasi ke dia 
duduk rumah kita.

* Suami : Yelah. Sebab rumah ni mahal,
takkan nak biar kosong macam tu saja? 
* Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik, kita, toilet kita? 
* Suami : Ya yang, sbb takkan abang nak buat bilik lain khas untuk dia.

Nanti bilik ni, membazir pulak.
* Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita? 
* Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi org lain pulak. 

* Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita?
* Suami : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli sebulan.
* Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya? 
* Suami : Takkan itu abang n bagi kakak & adik awak.

Jadi,drpd tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aja.
* Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya? 
* Suami : Itu tak boleh, sebab dia suka handbag kaler maroon,

kasut dia saiz kecil drpd awak, saiz 5, golf set tak boleh sebabdia kidal...
* Isteri: @#$%????!!!!! 
* Suami: (Dalam hati)Alamak!!

haha...kan dah kantoi..

No comments: