Tuesday, March 23, 2010

1sT AidEr

Pagi tadi, selesai mengambil wudhuk diri ini meletakkan kembali alatan mandi di dalam baldi tapi... entah bagaimana pandangan binokularku ini melihat sesuatu yang luar biasa di tangkai baldi. "Ish amende tu?" diri ini bermonolog. Di usha+ditilik skali lagi... BURUNG!! Diam kaku di situ seperti kesejukan. Ye, memang ia kesejukan!

Diri ini pada mulanya ingin solat subuh dahulu tetapi risau juga jika dibiarkan takut pula dibaham pemangsa yang sering berkeliaran di luar sana. Tanpa membuang masa diri ini terus mencapai sapu tangan yang diberi seorang teman semalam ole-ole sempena majlis perkahwinan kakaknya. Sebenarnya sayang juga untuk digunakan kerna sapu tangan itu kerna sangat comel gubahannya. Apapun memegang prinsip sebagai first aider, 'guna saja apa yang ada' terus ku ambil tanpa berfikir panjang. Selepas itu, ku serahkan kepada teman sebilikku sementara diri ini menunaikan kewajipan kepada-NYA.

Setelah itu, diri ini mengambil makhluk Allah yang comel itu lalu dipeluk. Kata lecturer ku (Dr. Anuar), "Setiap kali kita sejuk mesti kita akan berpeluk tubuh, tak pun peluk lutut... Why? Because... our stomach is one area that can give warm to us. Because there is located our digestion system." Kemudian diri ini memberi air+sedikit garam kepada 'si comel' itu. Banyak juga diteguknya=) Why salt? Because it contain electrolyte which is the best fluid replacement recommended when we are tired. 'Si comel' tu pasti letih kesejukan di luar sana kerana hujan lebat semalam. wah!1st aider to the 1st bird!=)

apabila sahabat Rasulullah bertanya: "Dapat pahalakah kami menyayangi haiwan-haiwan ini? Jawab Rasulullah s.a.w: "Menyayangi setiap makhluk hidup itu adalah berpahala." (Riwayat Muslim)

'si comel' ditangkai baldi

tetiba 'si comel' jatuh selepas di usha

semasa dalam bilik

minum dengan lahapnya=)

di dalam rumahnya(^^,)

dah sihat sikit dah

alamak!'si comel melabur'....hehe

boleh terbang tapi asyik jatuh

p/s: teringat masa kecil dulu... mak tolong rawat seekor anak burung gak(^^,)
tarikh kejadian: 23/3/10, 0630H

6 comments:

halu9 said...

wah..bagus2
apply knowledge that u got is the best part..
ilmu tanpa amal kan sia2
:)

rufufu said...

tahniah~
=)

siap berbahasa ilmiah lg wat penerangan..hhaha

nazra said...

halu9: betol3(^^,) ilmu tnpa amal ibarat pohon xberbuah...

rufufu: kongsi cerita+bhs ilmiah ng ampa..=)

p/s: lastly xtawu pn ble 'si comel' 2 g...moga ye jmp lek member2 ye...MEMBER+I

halu9 said...

MEMBER+I?apekah itu?:p

nazra said...

"lu pk la sendiri"....=P

halu9 said...

hahaha
guna tagline Nabil..~plagiarism :p