Thursday, September 3, 2009

Tiada dua...

Ayah dan ibu
Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami..
Dapat melihat bulan dan matahari..aaahai..
>>dendangan allayarham sudirman<<

Sape xsayang mak ayah dia?? Meh nak tengok sikit sape tu? Tipula sape tak sayang parent dia.. Tapi zaman sekarang ni rasanya da gak orang yang xsuka parent dia kot...bukan xsayang tapi xsuka..xsayang pun ada kot..MasyaAllah... Tapi bila kita tanya lek kat parent, parent mana xsayang kat anak dia?? Ada diorang mengaku? Ada diorang merungut diorang bagi anak makan, bagi duit g sekolah, suap makan..pendek kata, they'll give the best for their children!! Apa nak sume diorang kasi. Cuma lambat atau cepat je. Kalo anak sakit cepat je g berubat. Kadang2 xtido malam coz jaga anak yang sakit tu. Seingat diriku, tak pernahla da parent yang xkasih n sayangkan anak dia. Bayangkan haiwan pun sayang anak dia, ni kan manusia yang Allah swt kurniakan akal untuk dia berfikir, ada hati n perasaan. Tapi apa si anak tu buat bila dah besar?? Melawan cakap diorang? Buat menda yang diorang tak suka? Ugut nak lari rumah kalo tak dapat moto/kereta?Ish3... Sadis sangat..Ingatlah, pengorbanan mak ayah ni terlalu besar pada kita. walau 10 orang anak yang jaga mak ayah tu tapi belum tentu setanding ngan kasih sayang diorng.."Seorang ibu/ayah boleh jaga 10 orang anak tapi 10 orang anak belum tentu dapat jaga seorang ibu/ayah." Tol tak?? Hmm..pk2kanla...

***********************************************
Teringat kejadian masa diri ini pergi ke klinik berdekatan rumah bersama mak masa cuti kuarantin H1N1 aritu.. Sementara tunggu giliran, ada sorang pak cik ni nga usik-usik adikku yang umo 3tahun lebih tu...

Pak cik : Pak cik ada banyak cucu...Tapi ada sorang anak pak cik ni pak cik nak main ngan anak dia pun tak leh. Dia kata tangan orang tua-tua ni banyak kuman. Nanti anak dia dapat sakit. Tengok tu, tangan yang banyak kuman ni la yang besarkan dia. Kalo aku tahu camni jadinya, dari kecik lagi dah buang dalam tong sampah. Tapi mak ayah mana yang nak biarkan anak dia camtu....

Dari situ, kulihat kelopak mata tuanya berair... Sedih mendengar cerita pak cik tu.. Masa tu memang diri ini diam seribu bahasa. Hanya mengangguk sahaja sekadar mahu pak cik itu mengerti diri ini dapat menyelami perasaannya ketika itu (empathy). MasyaAllah... Tergamak seorang anak mengucapkan kata seperti itu kepada orang tuanya. Orang tua??Siapa??Dah lupakah dikau bahawa tangan tua itulah yang menjaga, memberi makan, mendidik, memelukmu?? Oleh sebab itulah wujudnya anak seperti Si Tanggang dan Sazali.. .

************************************************
Baru-baru ni, my lecturer da tanya,"For whom you come here? Is it for yourself?Mum?Dad?" Nobody answer his question.. He said,"Common guys, ladies... You should doing this for someone. You know why? When you do for yourself you will be nothing. Eh ada asignment nak kne wt ni...owh xpela..lambat lagi ni nak submit..see?Xde something yg leh motivate kan u.At least doing for your mum, dad.. Tiap-tiap pagi diorang bangun toreh getah nak bagi korang duit makan, study...apalagi? Ada x antara korang ni yang dalam poket dia sekarang xda duit untuk buka pose jap g??Ada x? Ada x yang lepas kelas ni jap g nak kua g kje?Ada?? Xde kan...2la korang, hidup mewah...Bila u do for someone u will be someone.you'll bebetter. bila malas study je u akan pk,"Eh xleh ni..kne studi gak. Nanti besar nak kje, nak kasi mak aku idop senang.." u c dat? So, think about that.."

Moral values:
1. Berbuat baiklah kepada kedua orang tuamu
2. Ikut setiap apa yang disuruh selagi ia tidak melanggar hukum Islam
3. Hargailah mereka sementara masih ada..Hanya satu, tiada dua..Jangan menyesal kemudian hari.
4. Ingatlah bahawa suatu masa nanti anda juga akan menjadi ibu dan ayah kepada anak-anak anda..InsyaAllah
5. Apapun yang berlaku, kita kembali kepada hukum Islam

"Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa dan kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah swt tidak suka kepada orang-orang yang sombong, takbur dan membagga-banggakan diri."

3 comments:

halu9 said...

hmm..teringat kat parents kat umah bile baca post ni..mmg mengusik hati..if ade orang yg xappreciate ape yg parents ye da wat kat ye sejak ye kecik sampai besar,asenya xpatut orang tu digelar manusia...

“Dan Tuhanmu Telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia[850].“

[850] mengucapkan kata ah kepada orang tua tidak dlbolehkan oleh agama apalagi mengucapkan kata-kata atau memperlakukan mereka dengan lebih kasar daripada itu.

Al Isra’: 23

“Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua Telah mendidik Aku waktu kecil”.

Al Isra’: 24

nazra said...

kalo nak ikut bahasa kasarnye, kalo org cmni dpanggil trok dari haiwan..Haiwan bertopengkan manusia...huhu..Tapi biarlah Allah yang menilainya
Sebab teringat kat parentla yg t'create tajuk ni..huhu
>>Kawan saya xmakan cili,
len kali komenla lagi..hehe
Thanks 4ur comment=)

halu9 said...

eleh..siap perli orang lagi..xpe2..