Thursday, September 3, 2009

Tiada dua...

Ayah dan ibu
Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami..
Dapat melihat bulan dan matahari..aaahai..
>>dendangan allayarham sudirman<<

Sape xsayang mak ayah dia?? Meh nak tengok sikit sape tu? Tipula sape tak sayang parent dia.. Tapi zaman sekarang ni rasanya da gak orang yang xsuka parent dia kot...bukan xsayang tapi xsuka..xsayang pun ada kot..MasyaAllah... Tapi bila kita tanya lek kat parent, parent mana xsayang kat anak dia?? Ada diorang mengaku? Ada diorang merungut diorang bagi anak makan, bagi duit g sekolah, suap makan..pendek kata, they'll give the best for their children!! Apa nak sume diorang kasi. Cuma lambat atau cepat je. Kalo anak sakit cepat je g berubat. Kadang2 xtido malam coz jaga anak yang sakit tu. Seingat diriku, tak pernahla da parent yang xkasih n sayangkan anak dia. Bayangkan haiwan pun sayang anak dia, ni kan manusia yang Allah swt kurniakan akal untuk dia berfikir, ada hati n perasaan. Tapi apa si anak tu buat bila dah besar?? Melawan cakap diorang? Buat menda yang diorang tak suka? Ugut nak lari rumah kalo tak dapat moto/kereta?Ish3... Sadis sangat..Ingatlah, pengorbanan mak ayah ni terlalu besar pada kita. walau 10 orang anak yang jaga mak ayah tu tapi belum tentu setanding ngan kasih sayang diorng.."Seorang ibu/ayah boleh jaga 10 orang anak tapi 10 orang anak belum tentu dapat jaga seorang ibu/ayah." Tol tak?? Hmm..pk2kanla...

***********************************************
Teringat kejadian masa diri ini pergi ke klinik berdekatan rumah bersama mak masa cuti kuarantin H1N1 aritu.. Sementara tunggu giliran, ada sorang pak cik ni nga usik-usik adikku yang umo 3tahun lebih tu...

Pak cik : Pak cik ada banyak cucu...Tapi ada sorang anak pak cik ni pak cik nak main ngan anak dia pun tak leh. Dia kata tangan orang tua-tua ni banyak kuman. Nanti anak dia dapat sakit. Tengok tu, tangan yang banyak kuman ni la yang besarkan dia. Kalo aku tahu camni jadinya, dari kecik lagi dah buang dalam tong sampah. Tapi mak ayah mana yang nak biarkan anak dia camtu....

Dari situ, kulihat kelopak mata tuanya berair... Sedih mendengar cerita pak cik tu.. Masa tu memang diri ini diam seribu bahasa. Hanya mengangguk sahaja sekadar mahu pak cik itu mengerti diri ini dapat menyelami perasaannya ketika itu (empathy). MasyaAllah... Tergamak seorang anak mengucapkan kata seperti itu kepada orang tuanya. Orang tua??Siapa??Dah lupakah dikau bahawa tangan tua itulah yang menjaga, memberi makan, mendidik, memelukmu?? Oleh sebab itulah wujudnya anak seperti Si Tanggang dan Sazali.. .

************************************************
Baru-baru ni, my lecturer da tanya,"For whom you come here? Is it for yourself?Mum?Dad?" Nobody answer his question.. He said,"Common guys, ladies... You should doing this for someone. You know why? When you do for yourself you will be nothing. Eh ada asignment nak kne wt ni...owh xpela..lambat lagi ni nak submit..see?Xde something yg leh motivate kan u.At least doing for your mum, dad.. Tiap-tiap pagi diorang bangun toreh getah nak bagi korang duit makan, study...apalagi? Ada x antara korang ni yang dalam poket dia sekarang xda duit untuk buka pose jap g??Ada x? Ada x yang lepas kelas ni jap g nak kua g kje?Ada?? Xde kan...2la korang, hidup mewah...Bila u do for someone u will be someone.you'll bebetter. bila malas study je u akan pk,"Eh xleh ni..kne studi gak. Nanti besar nak kje, nak kasi mak aku idop senang.." u c dat? So, think about that.."

Moral values:
1. Berbuat baiklah kepada kedua orang tuamu
2. Ikut setiap apa yang disuruh selagi ia tidak melanggar hukum Islam
3. Hargailah mereka sementara masih ada..Hanya satu, tiada dua..Jangan menyesal kemudian hari.
4. Ingatlah bahawa suatu masa nanti anda juga akan menjadi ibu dan ayah kepada anak-anak anda..InsyaAllah
5. Apapun yang berlaku, kita kembali kepada hukum Islam

"Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa dan kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah swt tidak suka kepada orang-orang yang sombong, takbur dan membagga-banggakan diri."

Wednesday, August 26, 2009

Kias Cinta

Seandainya dunia tiada warna
Tetapkan ku kagumi
Indah maya alam ciptaan-Nya
Kudrat-Nya ku Agungi

Namun jalin warna zahirlah sang pelangi
Menyisih mendung menambat seri
Terbias sebuah cahaya nyata ilham di alam mimpi
Betapa kusyukuri nikmat-Nya... Ku pasti..

Begitu kias cinta hadir menghuni jiwa
Menyatu sejuta rasa kurnia penuh bermakna
Tika dalam gelita atau sepi kembara
Dihadirkan rasa cinta sisih segala duka
Anugerah dari-Nya...

Hanyalah cinta-Nya yang amat ku harapkan
Tiada lain yang jadi rayuan
Namun Dia Maha Mengerti
Tak mampu insan bersendiri
Menempuh dugaan yang menguji naluri

Cinta... Kiasan Cinta..

Begitu kias cinta hadir menguji jiwa
Menyatu sejuta rasa dunia penuh bermakna
Tak akan dipersia limpah rahmat Yang Esa
Bagaikan jalinan warna yang menyulam
Cahaya biasan kasih-Nya

Moga tak diuji asyik cinta duniawi
Mengharap teduh redha illahi
Dengan segala kurnia hadirnya hanya pinjaman
Sungguh ku syukuri kesempatan...Bahagia...

~suhaimi~

Monday, August 24, 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..(^^,)



"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa."~Al-Baqarah:183~

Jadikan Ramadhan kali ini sebagai universiti yang mengajar, kuliah itu ibadah, tutoriol itu iman, assignment itu taqwa dan amali itu agama..Anggaplah Ramadhan kali ini adalah yang terakhir untuk kita. Sama-samalah kita meningkatkan amal soleh & kebajikan. Moga kita peroleh ijazah keredhaan-NYA. InsyaAllah..(^^,)

Hadirmu lama ku tunggu
Menghitung detik menjangka waktu
Dikau tetamu sering dirindu
Apakah sempat kita ketemu?

Wahai Tuhan...
Perkenankan doaku
Jadikan awal Ramadhan rahmat untukku
Pertengahannya ampunan untukku
Dan akhirnya pembebasan api neraka...
Engkau tidakkan mengecewakanku
Wahai Tuhan...

~Sabda Rasulullah S.A.W. ~
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat, Allah telah fardukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Sunday, August 23, 2009

"It was Created!!" Ep.2

Perkara utama bagi semua umat Islam, jangan sesekali lupa atau 'terlupa' bahawa semua bakteria, virus atau apa jua makhluk yang membawa mudarat ini terlepas dari kekuasaan Allah SWT.

Jika kita telusuri hadis Nabi S.A.W., kita akan dapati anjuran nabi S.A.W. untuk berhati2 apabila bercampur dengan pesakit kusta dan sopak. Sudah tentu anjuran Nabi itu terpakai buat semua jenis penyakit yang diiktiraf boleh merebak dan 'berjangkit'. Hadis berikut amat jelas:

"Tiada jangkitan, tiada sial dan tida hammah (satu kepercayaan jahiliyyah iaitu burung yang kononnya tercipta dari tulang mayat dan hidup lalu membawa sial kematian), maka seorang lelaki berkata : Apa pandanganmu jika seekor unta yang mempunyai penyakit lalu terkena unta yang lain?. Nabi menjawab : itulah taqdir Allah, (cuba fikirkan), dari mana pula yang pertama mendapat penyakitnya?"~Riwayat Ahmad~

Allah mengingatkan : "Tiada satu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah."~Al-Hadid : 22~

Berbekalkan ayat dan hadis di atas, Islam mengajar kita agar melihat ketentuan Allah S.W.T. sebagai asas, sebelum melihat kepada soal sebab dan musabbab atau sunnatullah (hukum alam). Walaupun demikian, Nabi S.A.W. juga mengingatkan : "Janganlah orang yang sakit bercampur dengan mereka yang sihat."~Riwayat Muslim~

Mungkin ada yang terfikir wujudnya pertentangan makna antara hadis berkenaan qadar Allah S.W.T. dan saranan menjauhi pesakit berjangkit. Hakikatnya, tiada kontradiksi di antara satu sama lain, perlu difahami bahawa orang Arab di zaman jahiliyyah percaya tubuh orang sakit akan automatik memberi kesan buruk yang pasti kepada tubuh orang yang sihat tanpa mengira sebarang sebab atau taqdir. Atas sebab itu hadis menyebut hadis pertama, namun dalam masa yang sama tidak menafikan jangkitan dari berlaku. Oleh itu, dalam konteks ketiga-tiga hadis di atas, mesej yang disampaikan oleh baginda nabi S.A.W. adalah :

1. Menafikan kepercayaan silam bahawa tubuh orang sakit PASTI AKAN memudaratkan yang sihat kerana dalam Islam tidak boleh diiktikadkan sedemikian.
2. Membetulkan kefahaman semua bahawa hampir setakat mana pun kita dengan mereka yang sakit berjangkit, semua masih tertakluk kepada kekuasaan Allah S.W.T. untuk mendatangkan sakit itu kepada kita atau tidak.
3. Membetulkan kefahaman ummat bahawa sakit yang mungkin kita alami tidak semestinya datang dari orang sakit yang kita temui. Justeru, jangan mula salah menyalahkan antara satu sama lain.

Hasilnya Islam tidak menafikan wujudnya kebolehjangkitan tetapi hadis itu disebut dalam konteks dan objektif yang disebutkan di atas. Kebolehjangkitan adalah termasuk di dalam perkara sunnatullah (hukum ketetapan alam). Cuma umat Islam perlu memahami ia tertakluk di bawah izin Allah S.W.T. Pastinya, di musim perebakan wabak seperti selsema babi ini, tidak mudah untuk mana2 individu yang terkena dan belum kena untuk meyakini kuasa Allah. Itulah sebenarnya salah satu ujian Allah S.W.T. untuk hambaNYA, mendatangkan bala sebagai ujian, tapisan iman serta mengingatkan hamba kepada kekuasaan penciptaNYA. Hanya mereka yang beriman mampu melakukannya. Semoga kita terdiri dari golongan itu. Amin..

Friday, August 14, 2009

"It was created!!"


"It was created!!" 2la ayat Prof ana masa da klas ngan dia pagi tadi. Yela, mana xnya, kalo pk2 lek mai manala H1n1 tue...Tetiba je muncul. Contohnya cam virus komputer..It was created. Sebab pe?? Sebab da owg tamak dalam dunia nie...Sume just pk det..nk untungla...huhu. Awal2 diorang sebarkan virus 2. Pas2 bila virus 2 dh betul2 menular kt banyak negara, so diorang pun kuarkanla antivirus 2...uisyh...Pandai2...Makhluk ciptaan Allah memang pandai tp tu la, salah guna lak. Cam cter Prof Klon tue..ape ntah..erm, Cicakman Planet Hitam kot..Hah, 2pun 1lagi. orang Barat dop junjung labah2 (Spiderman) tapi tengok kita orang Malaysia, orang Islam..Adoih...Cicak lak yg dia jadikan role model?? Astaghfirullah al-Azim.. Berbalik lak kat cter H1N1..Smalam smasa duduk2 b4 game ana start, kawan ana ni mai sembang ngan ana... Ana paggil dia Fa. Nma pnuh tlupa lak..

Fa : Ko prasan x dulu mcm2 selsema dtg..burungla, apela..
Masa slsema burung sume burung, ayam kne bunuh. Tapi ko prasan x?selsema babi
xnak lak diorang bunuh babi kan? Ape nk jadila...2la Allah anta bala pun xsedar2 lagi....

A'ah bla pk lek tol pe yg dia kata...k la nnt sambung len.da nk dkat maghrib ni..

Monday, August 10, 2009

Kisah untuk teladan

Seorang ayah berjalan mundar-mandir di lorong hospital, gelisah akan keadaan isterinya yang akan melahirkan anak sulung mereka. Setelah beberapa jam ia menunggu, tak jua terdengar tangisan bayi. Tiba-tiba, seorang doktor berjalan tergopoh-gopoh keluar dari ruang persalinan menuju kearahnya.

"Bagaimana keadaannya doktor?" tanyanya penuh harap.
"Maaf encik, kami sudah berusaha, keadaannya amat kritikal.
Si ibu sudah tak sedarkan diri!" jawab doktor itu.
"Jadi bagaimana doktor ...?"
"Kami tak mungkin dan berupaya untuk menyelamatkan keduanya, tapi... >masih ada harapan. Kami hanya punya satu pilihan, menyelamatkan si
ibu, atau menyelamatkan si bayi. Lelaki tersebut kebingungan, dan tak dapat berkata-kata......."Maaf encik, setiap saat amat berharga, tolong cepat untuk membuat pilihan!" desak doktor itu.

Akhirnya, dengan berat hati lelaki itupun berkata dengan nada sayu, "Doktor, saya sangat bingung...“Saya serahkan sepenuhnya kepada doktor. Tolong lakukan yang terbaik!" pintanya. Doktor pun bergegas kembali ke ruang persalinan. Nampaknya dia sudah berpengalaman menangani masalah darurat atau kritikal seperti ini. Dan dia tahu apa yang harus dilakukannya.

Ini adalah salah satu contoh, bagaimana keyakinan beragama boleh mempengaruhi keputusan disaat genting. Seorang doktor beragama kristian/katolik, ia akan berusaha menyelamatkan si anak, dan mengorbankan si ibu. Bagi doktor muslim, ia akan berusaha menyelamatkan si ibu, dan mengorbankan si bayi. Memang benar, dua-duanya adalah pilihan yang sukar, tapi itulah jalan terakhir dan muktamat. Mengapa ia boleh berlaku seperti demikian? Dalam ajaran kristian, setiap manusia yang lahir sudah membawa dosa, doktrin ini dikenal dengan "dosa waris" atau "dosa asal". Manusia yang lahir sudah menanggung dosa Nabi Adam dan Hawa untuk menebusnya ia harus mengikuti seorang penyelamat yakni penebus dosa (Ketua Paderi atau Pope).

Doktor Kristian itu akan berjuang sedaya upaya untuk menyelamatkan si anak, agar dia dapat lahir dengan sihat dan selamat walaupun sebaliknya terpaksa mengorbankan si ibu . Doktor berharap, setelah anak itu lahir ia akan mendapat kesempatan untuk dibaptiskan, untuk tujuan menebus dosanya. Sebab, dosanya belum sempat ditebus. Dalam ajaran Islam, setiap manusia lahir dalam keadaan fitrah/suci. Doktor muslim akan berjuang menyelamatkan si ibu, kerana dia tidak bimbang yang bayi akan masuk neraka. Dengan terselamatkannya si Ibu, insyaAllah setelah sihat kembali akan dikurniai kekuatan untuk mengandung lagi dan mudah-mudahan mendapatkan ganti yang lebih baik, yang lebih soleh. Sedangkan anak yang tak sempat terselamatkan, biarlah ia kembali ke Penciptanya dalam keadaan suci. Mungkin lebih baik sekiranya bayi itu tidak dilahirkan di dunia yang penuh tipu daya ini agar hidupnya kelak tidak menjadi orang yang tersesat. Demikianlah, dalam keadaan serba salah lelaki tadi tak sempat untuk memastikan agama doktor tadi. Dan ia sudah berserah sepenuhnya kepada doktor itu.

Di dunia ini ada banyak agama dan kepercayaan. Pemahaman kita terhadap ajaran agama yang kita anut, akan menentukan jalan hidup kita. Sejak bangun tidur, kita sudah dihadapkan kepada pilihan. Meneruskan tidur, atau bangun sholat subuh? Di pejabat, pada masa lunch break, ada pilihan lagi. Untuk lunch dahulu, atau sholat zohor dahulu?
Setelah habis waktu bekerja adakah terus ke rumah, atau singgah ke gerai kopi/disco dahulu? Ikut terlibat melakukan pecah amanah, atau dimusuhi rakan sekerja? Menyegerakan berkahwin, atau menundanya dulu? Hidup mulia disisi Allah, atau mulia dalam pandangan manusia? Kita akan sering dihadapkan pada pilihan-pilihan yang lebih sukar, dan melibatkan akibat atau natijah yang sangat ditakuti